BAB 4

Romance Completed 4526

Aku jadi migraine dan rasa macam kepala nak pecah, tingkap pula tak boleh buka sudahnya dengan aku yang mabuk ubat, huja lebat yang menjejaskan pandangan aku, tak semena-mena kereta terlanggar penghadang jalan.

Agak teruk juga kemalangan yang mmenimpa kami cukup teruk hingga sewaktu di hospital, Ika disahkan keguguran dek kerana insiden itu.

Sungguh tak ku sangka yang dia sudah mengandung dua bulan rupanya.. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian itu aku terus suruh Ika berhenti kerja, duduk saja terperuk di rumah. Adil dan saksama, aku korbankan habit tegar aku, dia korbankan kerja dia sebab aku tak tahan dengan bau ubat yang merupakan penyumbang kepada kemalangan tempeh hari. Cukup atau tak belakang cerita, aku suami biar aku sorang je tanggung.

Dua tahun alam perkahwinan aku dan Ika, Siti datang bersama sebuah harapan dan kata cinta bahawa dia masih mencintai aku bahkan sanggup bermadu kasih menjadi isteri kedua. Dah tahap angau Siti ni. Gila ke Siti ni. Aku baru sahaja berkahwin takkan nak berpoligami?

Barangkali chemistry yang kuat antara kami membuatkan Ika sanggup menjadi isteri kedua. Aku pun mengadu jugalah yang aku tak ngam dengan isteri aku ni, tak seperti dia. Aku kira Siti ni soulmate aku dan dia juga setuju akan hakikat itu.

Sedar tak sedar banyak kekurangan isteri aku ceritakan, dari sikapnya yang ebrat mulut, tak lawak, blur hinggalah kepada masakannya yang tak pernah variasi asyik sama saja, bahkan menu makanan yang dia order setiap kali keluar makan di luar aku isukan juga sebab asyik makan benda yang sama walhal aku bawa ke restoran hipster!

Namun hakikatnya walaupun kami sudah menjdi suami isteri aku masih belajar mengenali hati budinya. Aku cuba biasakan diri dengan Ika walau aku benci bau ubat-ubatan, benci pada sikap berat mulutnya namun aku teruskan juga.

Dan rumahtangga kami elok saja tiada masalah, Ika yang dah tak kerja sekarang kerap juga berksperimentasi dengan masakan yang dipelajarinya meski aku harus akui yang dia selalu saja cubaannya itu tak menjadi. Aku katakan pada Siti yang aku tak mahu menduakan Ika, jadi itu adalah pertemuan terakir kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience