BAB 5

Romance Completed 4526

Sedar tak sedar kami dikurniakan seoranh anak yang sudah berusia empat tahun. Serba serbijak dan ini semua sebab sebab Ika yyang rajin mendidik anak kami.

Namun semua itu tak cukup. Aku semakin dibelenggu kebosanan dan seperti hidup dalam kepura-puraan. Ara masih sama seperrti dulu suka menyepi dan tak pernah mahu berbual-bual denganku dan aku juga secara tak sedar sudah mulai mencari kebebaasan di luar bersama kawan-kawan.

Jarang sudah nak tengok muka aku di rumah. Selepas masa bekerja, aku akan sambung keluar melepak dan dalam masa yang sama aku rapat dengan teman sepejabat aku, Mina.

Kerani baru di syarikat tempat ku bekerja. Aku tak agka yang rupa aku yang dahh bapak orang ni masih laku lagi. Mulanya kami hanya berbual hingga tak sedar Minalah tempat aku menghiburkan hati, mengisi kesunyian ku dan menjadi tempat aku mengadu.

Sampai satu tahap aku terniat nak kahwin baru namun aku sedar itu tak adil pula pada Siti yang tangkap syok dengan aku.

Namun bersama Mina, aku dapat merasa pahit manisnya alam berkasih-sayang, ada masa kami berbaik bukan kepalang namun ada masa kami akan bergaduh maxam perang dunia kedua, persis pasangan yang bercinta dan aku pula merasa terhibur dengan pasang surut hubungan kami ini.

Naluri isteri jangan dipandang rendah, Ika seperti dapat menghidup perubahan sikapku dan seakan tahu yang aku ada perempuan lain. Tampa berbasa-basi dia menyatakan dia bersetuju sahaja jika aku mahu berpoligami dengan syarat aku kena cari wanita yang elok budi pekertinya keana dia tak mahu hubungan itu nanti akan mengganggu pelajaran dan emosi anak kami, Faiz.

Makan aku pun laju saja menimbang tara. Apakah Mina ni wanita elok, yelah dahlah pakai baju iabrat sarung nangka, habs tersembul segala gunung ganang, make-up jangan cakaplah dah macam opera cina dan jarang sekali menunaikan solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience