BAB 6

Romance Completed 4526

Sudahnya niat aku nak pasang dua aku tundakan dulu hingga bertemu calon yang sesuai. Ada juga aku terikir nak didik je Mina ni lepas berkahwin tapi kalau dah rupa sebelum berkahwin pun dah reti menjerit dan mengarahkan aku, baiklah aku fikir seribu kali.

Panas tidak hingga ke petang rupanya dalam panas itu Allah mengatur satu malapetaka dan bencana yang akan menguji kami. Ika sering sahaja jatuh sakit dan kerap kali masuk hospital.

Aku hampir putus asa dan ada masa aku rasa macam dia berpura-pura sahaja sakit sehinggilah doktor mengsesahkan Ika menghidapi barah kerongkong. Sungguh terasa tubuhku ini dihempap bahtera gergasi.

Doktor maklumkan bahawa Ika sudah lama dijangkiti barah, penyakit yang selalu buat dia diserang batuk bengkak di bahagian tekak dan menyukarkan dia untuk bercakap. Sungguh aku merasa bagai ditusuk sembilu. Pantas Ika jarang bersembang dengan aku. Punyalah gagal aku menjadi seorang suami sampai ke tahap sakit isteri aku ni pun aku tak endahkan.

Apa yang membuat aku semakin runsing bila doktor kata yang penyakit Ika sudah semakin teruk dan merebak hingga ke bahagian jantung membuatkan Ika adakalanya akan mengalami kesuakran untuk ebrnafas, jantungnya lemah dan semakin rosak.

Sungguh tabah dan magissnya kuasa isteri dan ibu ini, dalam pada dia sukar untuk bercakap dia tetap meneruskan amanah sebagai ibu dengan mendidik anak aku, mengaji dan belajar.

Semuanya dek makan ubat pelincir tekak yang membuatkan Ika ketagih. Ubat yang kesakitannya berkurang walau hanya sejam dua sahaja. Namun dek keraana harganya yang mahal, maka Ika jarang makan ubat itu. Sudahnya aku semakin buntu dan terganggu.

Dan ketika itu jugalah aku sedar bahawa dalam kesunyian dan segala benda yang aku benci tentang Ika selama ini merupakan hikmah terbesar yang gagal aku lihat selama ini.

Sepanjang perkahwinan kami tidak pernah sekalipun Ika bermasam muka, meninggikan suara, bertikam lidah denganku. Aku sering mennggalkannya dengan bejoli sakan dengan orang lain dan juga teman-teman, namun tetap saja dia setia menunggu dan menjalankan tangguungjawabnya sebagai isteri. Susah senang, bosn dan sebagainya tidak pernah diluahkannnya padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience