BAB 8

Romance Completed 4526

Maka bergenang deraslah airmata jantanku. Kenapa begitu terlewat untuk aku membaca surat ini hingga tak sedar sudah empat tahun ia ditulis. Andai saja aku tahu oenderitaan Ika sejak dulu lagi, pasti aku akan menjadi suami yang memahami dan aku tak dihurung rasa bersalah seperti ini.

Ika beri aku segala-galanyanya.. Nyawanya hampir putus memberikan aku zuriat selepas aku yang melayan sikapku benci pada rokok menjadi punca dia keguguran kali pertama. Banyak yang diberikannya padaku tapi apa yang aku berikan pada dia?

Mulai saat tu aku jaga Ika sepenuh hati. Soal kerja sudah tak ku peduli, mujur majikanku memahami keadaanku. Buat sementara Faiz aku serahkan pada keluarga Ika untuk menjaganya. Soal penampilan sudah tak ku endahkan. Mina ada juga suarakan kebimbangang melihat diriku dan memberontak kononnya aku tak lgi bagi perhatian padanya namun aku tak endahkan.

Lantaklah kau nak buat apa kerana priority ku saat ini adalah Ika, satu-satunya isteriku yang paling penting untuk ku jaga. Aku sedar bukan Ika yang tak boleh hidup tanpa aku, tapi aku. Aku yang tidak boleh hidup tanpa Ika.

Dalam keadaan Ika yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia bercuti. Aku mahu habiskan masa yang etrsisa ini sepuas-puasnya bersama Ika. Membawa dia berjalan-jalan ke laut dan taman bunga serta tempat-tempat yang ingi dikunjunginya.

Wang simpanan ku guna tanpa batas sebab selama ini aku kumpul harta benda memang untuk anak isteri pun. Sejujurnya aku mahu bahagiakan Ika walau aku tahu masa semakin mencemburui kami.

Puas ditegahnya aku agar jangan membazir namun aku mahu berkeras. Dan ika yang taat hnyamenurut saja permintaanku yang mahu melihat dia gembira dan bahagia. Airmatanya mengalir dan esak tangisnya kedengaran. Namun sayangnya Ika sudah tidak boleh lagi berkata-kata, komunikasi kami terbatas hanya pada tulissan di atas kertas mahupun melalui telefon bimbit. Itu kali pertama aku melihatnya menangis.

Puas ku aniaya dan dustai kasih sayangnya tidak pernah sekali pun aku melihat airmatanya, namun ini kali pertama aku melihat airmata tangisannya yang dikatakan padaku adalah airmata gembira. Ya Allah kejamnya aku sebagai suami dan syurga sungguh pekertimu Zalikha.

Ika menyatakan bahawa tak pernah ada sekelumit sesalpun di dalam hatinya berkahwin dengan ku. Sungguh kami seperti pasangan yang baru bernikah, setiap hari aku makin jatuh cinta bahkan dilamun cinta bagai orang angau dan sasau pada Ika.

Kami benar-benar bahagia, namun Ika semakin lemah, dia seringkali pengsan dan setiap kali itu jugalah aku berdebar menanti saat agar dia kembali sedar, aku takut matanya terus terpejam dan takkan bangun lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience