BAB 5

Romance Completed 1046

AQIL sudah menungguku di dalam kereta sewaktu aku membuka pintu pagar. Aku lihat Aqil manis dengan senyumannya pagi itu. Setelah memastikan kasut yang akan dipakai oleh Edi bersih tanpa habuk, aku letakkan kasut itu di hadapan pintu.

“Kasut abang Nara dah letak depan pintu ni,” laungku kepada Edi yang ku lihat sedang menuruni anak tangga.

Tidak menunggu Edi, aku melangkah keluar dari pagar rumah. Aku membuka pintu kereta Aqil, memberi salam, lalu meloloskan diri dalam kereta Wira putih itu. Wira putih itu berlalu meninggalkan rumahku dan Edi yang merenung aku tajam. Aku hanya boleh berpura-pura tidak melihat reaksi Edi waktu itu.

“Kau ada masalah lagi dengan Edi?” soalan Aqil sama seperti hari-hari sebelumnya.

Aku pandang wajah Aqil dan ukir senyuman segaris di bibir namun aku tahu Aqil tidak boleh melihat senyuman itu. Nak sorok pun tak boleh dengan Aqil ni. Dari zaman aku di universtiti dahulu, dia teman baik aku. Aqil mengangguk tanda faham dan tidak bertanya lanjut. Dia hanya membiarkan aku melayan perasaan aku sendiri dengan lagu yang sedang diputarkan di radio waktu itu.

Inikah cinta…

Cinta kekasih…

Ke mana akhirnya…

Ku merinduimu…

Aqil mengulurkan sekotak tisu seperti selalu. Aku pandang wajahnya sambil tersenyum. Aqil lebih memahami aku daripada suami aku sendiri. Air mata yang jatuh aku lap menggunakan tisu.

“Menangislah kalau itu boleh buat kau tenang,” ujar Aqil rendah.

Aku angguk. Diam-diam, sudah lima tahun ini rutin harianku setiap pagi. Menangis sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Cuma bezanya, dahulu, aku menangis dalam hati kerana aku pergi ke tempat kerja dengan Edi. Tapi sejak sebulan yang lalu, aku boleh menangis sepuasnya sebelum sampai di tempat kerja. Wira putih ini dan Aqil menjadi saksi setiap kali aku menitiskan air mata.

“Salah ke aku cinta pada dia Aqil?” soalku kesekian kalinya pada Aqil.

Aqil menggeleng. Dia mengerling memandang aku disebelah.

“Cinta tak pernah salah Nara . Edi yang salah sebab tak pernah hargai cinta kau,” ujar Aqil tenang. Aku tahu, kata-kata Aqil itu lebih kepada kata-kata untuk memujuk hatiku yang sedang terluka parah.

Aku angguk. Cinta tak pernah salah. Orang yang tak menghargai cinta yang salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience