BAB 9

Romance Completed 1046

LIMA TAHUN SEBELUM…

“Nara harap abang dapat terima Nara seadanya,” ujarku perlahan. Aku tahu aku telah membuat keputusan yang gila saat itu. Namun, aku juga tahu hanya Edi yang dapat membimbingku ke jalanNya.

“Kau jangan lupa pula, aku terima kau ni sebab kau yang paksa aku. Bukan aku suka pada kau. Kau tu dah pernah kena tebuk tupai dahulu. Jangan fikir aku senang-senang nak terima kau dalam hidup aku,” Edi mengingatkan aku.

Aku angguk. Aku sudah pasrah dengan jalan yang terbentang di hadapanku waktu itu. Aku tahu ini memang salahku. Mungkin inilah balasan yang aku harus terima atas keterlanjuranku dahulu.

“Nasib baik Lisa beritahu aku hal ni. Kalau tidak, sampai ke mati pun aku tak tahu kau tu dah pernah buat sebelum ni,” perli Edi lagi.

Aku bukan tak nak berterus-terang dengan Edi. Namun aku kira tempoh pertunangan kami yang baru mencecah ke angka seminggu terlalu awal untuk aku memberitahu segala-galanya pada Edi. Segala-galanya yang dia patut tahu tentang aku. Aku yang dahulu. Malah aku berkira-kira mahu memberitahunya mengenai hal ini kerana aku tahu pengakhirannya pasti begini. Lisa lebih cepat bertindak dalam hal ini. Untungnya, Edi masih bersetuju untuk meneruskan pernikahan kami.

“Nara mohon abang bimbinglah Nara untuk jadi isteri yang solehah,” ujarku rendah.

Edi memandang aku dengan wajah yang memerah. Menahan marah barangkali. Mungkin dia memang sudah bencikan aku sejak berita itu sampai ke telinganya. Dan paling penting, berita itu bukan dari mulutku sendiri.

“Solehah konon,” perlinya lagi sebelum meninggalkan aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience