BAB 6

Romance Completed 1046

HARI ini, aku terserempak lagi dengan Edi dan Lisa sewaktu istirehat di kafeteria. Waktu itu, aku dan Aqil baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam kafeteria tersebut. Aqil cepat-cepat mengajakku untuk duduk di sebuah meja yang agak jauh daripada Edi dan Lisa. Meja itu berhadapan dengan sebuah kolam buatan yang dipenuhi dengan ikan-ikan kecil yang sedang gembira berenang.

“Kau nak makan apa? Aku belikan,” soal Aqil.

Aku geleng. Rasa tak ada selera pula. Padahal tadi, aku yang beriya-iya mengajak Aqil ke kafeteria ini. Melihat Aqil yang masih berdegil tidak mahu pergi membeli makanan, akhirnya aku memesan jus oren.

Sewaktu pemergian Aqil, aku curi-curi melihat ke arah Edi dan Lisa. Mereka kelihatan sungguh mesra. Lebih mesra daripada hubungan aku dan Edi. Aku lihat Lisa ketawa. Aku juga lihat Edi memamirkan senyuman yang terlebih gula. Tiba-tiba hati aku sakit. Hati aku cemburu. Kenapa itu semua tidak berlaku pada aku? Alangkah indahnya jika Edi boleh tersenyum begitu pada aku.

“Termenung apa lagi tu,” tegur Aqil dan menghulurkan segelas jus oren yang dingin.

Aku geleng perlahan dan mengambil gelas itu daripada Aqil. Aqil memandang ke arah Edi dan Lisa, lalu kembali memandang ke arahku.

“Cinta tak pernah salah Nara. Minum tu. Pesakit kita masih banyak lagi dekat poliklinik tu,” ujar Aqil mengingatkan aku.

Aku angguk dan menyedut jus oren itu. Terasa jus oren itu lebih masam daripada biasa. Tapi aku habiskan juga. Setidaknya, aku punya sedikit tenaga untuk bertahan hingga petang nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience