BAB 1

Romance Completed 6346

"Abang, berhentikan Intan kat depan lorong tu aje lah. Intan boleh jalan sendiri ke rumah."

Intan bersuara apabila kereta Perdana hitam yang dipandu sepupunya, Hafiz sudah agak hampir dengan tempat yang dimaksudkan.

"Tak apalah Intan. Tak payah susah-susah nak jalan kaki. Abang boleh hantar Intan kat depan rumah," kata Hafiz. Dia ukir sekuntum senyum buat Intan yang duduk di sebelahnya. Sekilas dia menjeling gadis berdagu lekuk itu. Rasa sayu pula mahu melepaskan gadis itu pulang.

"Apa pulak susah. Tak susah pun. Intan dah biasalah abang jalan ke rumah. Selama ni kalau kawan Intan hantar Intan pun, diorang hantar kat depan lorong tu aje. Abang tu sebenarnya tak payah nak susah-susah."

Intan tetap dengan keputusannya tidak mahu sepupunya, Hafiz menghantarnya sampai ke depan rumah. Dia memang begitu, tidak suka menyusahkan orang. Lagi pula orang itu Hafiz. Bukan tidak sudi menerima bantuan tetapi dia tidak selesa jika kerap kali dibantu lebih-lebih lagi oleh gerangan yang sama. Terasa seperti terlalu berhutang budi sahaja.

"Tak menyusahkan abang pun Intan. Lagipun dah nak masuk waktu Maghrib ni. Intan tak takut ke?"

Hafiz berpaling memandang gadis di sebelahnya. Tenang sahaja lagaknya. Seperti tiada perasaan gerun langsung yang menyelubungi dirinya.

"Takut apa pulak, bang? Lagi pun, bukannya Intan tak biasa. Dah biasa sangat dah," bicara Intan cuba membuang perasaan takut. Dia senyum simpul.

"Abang tau lah Intan dah biasa. Tapi sekarang ni bahayalah Intan. Ramai gadis yang kena rogol sejak akhir-akhir ni. Lebih-lebih lagi gadis yang seusia Intan ni. Memang lelaki hidung belang suka sangat."

Intan terteguk air liur mendengar apa yang diungkapkan Hafiz. Memang betul kenyataan sepupunya itu. Sejak akhir-akhir ini memang ramai gadis yang dirogol lebih-lebih lagi yang seusianya. Namun, dia tidak begitu ambil pusing kerana kebanyakan kes rogol berlaku di 'negeri-negeri bandar' seperti Kuala Lumpur dan Johor. Jarang sekali dia mendengar ada kes rogol berlaku di Terenganu.

"Ish Abang Hafiz ni, ke situ pulak. In Sha Allah, tak ada apa perkara buruk yang akan berlaku."

Intan menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan. Dia cuba menghilangkan perasaan gerun yang sedikit demi sedikit datang bersarang di hatinya.

"Abang bukan sengaja bangkitkan isu tu. Abang cuma nak ingatkan Intan aje."

"Iya lah abang. Terima kasih sebab ingatkan Intan."

Intan senyum lagi. Dia mengerling Hafiz yang sedang fokus pada pemanduan di sebelah.

"Habis tu sekarang, Intan nak suruh abang tinggalkan Intan kat depan lorong lah ni?" soal Hafiz meminta kepastian Intan.

"Iya abang."

Apabila mendengar sahaja jawapan yang dituturkan Intan, Hafiz memperlahankan keretanya dan berhenti betul-betul di hadapan lorong yang dimaksudkan Intan.

"Intan, kirim salam dekat mak ngah dan pak ngah, ya? Kalau diorang tanya kenapa abang tak singgah, cakap kat diorang anak gadis diorang tak bagi. Eyh?"

Hafiz mengenyit mata kirinya. Di bibirnya pula tersungging senyum.

Intan ketawa perlahan mendengar ujaran gerangan si sepupu. Abang Hafiz ni sindir aku ke apa? Siap kenyit mata lagi..

"Ye lah abang. Terima kasih sebab tolong hantarkan. Assalamualaikum."

Usai berkata demikian, Intan membuka pintu kereta dan menapak keluar dari Perdana hitam itu.

"Hahaha.. Waalaikumussalam."

Kedengaran ketawa halus terbit dari bibir Hafiz tatkala Intan menutup pintu kereta.

Intan berdiri tegak di tepi jalan menghantar gerangan si sepupu. Apabila pasti kereta yang dipandu Hafiz sudah jauh dari tempatnya berdiri, dia mula mengatur langkah menyusuri lorong yang bertanah merah untuk pulang ke rumahnya.

Tanpa disedari Intan, ada seseorang sedang memerhati figura-nya dari kejauhan. Apabila sudah pasti tubuh kecil molek itu sudah tiada di hadapan lorong tadi, dia dengan pantas memandu keretanya ke arah lorong masuk ke rumah gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience