BAB 6

Romance Completed 6346

Amirul? OMG! Kenapa dia boleh ada kat sini? Agaknya dia dengar tak apa yang aku cakap tadi? Suara hati Amira berbicara sendirian. Wajah tampan Amirul dipandang tidak lepas.

"Mira, nak satu."

Amirul yang tidak perasan akan pandangan Amira kepadanya meminta sepotong buah pauh daripada si gadis.

Amira yang bagaikan baru tersedar dari lamunan berdeham perlahan. Dia mengalihkan pandangannya menoleh ke hadapan. Kelihatan Hafiz dan Intan sedang tersenyum-senyum. Mesti mereka fikir bukan-bukan ni. Hati kecilnya mula berprasangka.

"Mira, nak satu?"

Amirul mengulang ayatnya tadi apabila melihat Amira yang cuma buat donno sahaja kepada dirinya.

"Erk, kau nak apa?"

Amira yang tidak faham dengan permintaan Amirul bertanya pelik. Dahinya dikerut.

"Aku nak tu satu."

Amirul menjuihkan bibirnya ke arah buah pauh yang dipegang Amira. Amira yang seakan faham akan apa yang dimaksudkan Amirul memotong sedikit buah pauh kemudian dihulurkan kepada Amirul.

"Kau tolong suapkan boleh tak? Tangan aku kotor lah nak pegang. Malas pulak aku nak cuci tangan. Hehe."

Amirul sengih menampakkan giginya. Amira yang melihat menjeling sekilas. Dia buat muka angkuh. Padahal dalam hati bukan main lagi bersorak.

"Ish, mengada gila! Nah, buka mulut kau."

Amira menyuapkan potongan buah pauh ke mulut Amirul apabila lelaki itu membuka mulutnya.

"Thanks."

Ucap Amirul bersama senyuman di bibir. Dia mengunyah perlahan buah pauh yang disuap Amira tadi. Sesekali matanya dipejam menahan masam. Sama seperti Hafiz tadi.

"Ehem. Ehem! Korang kalau nak bermanja pun agak-agak lah. Kitorang ada kat sini lah."

Hafiz bersuara ingin menyedarkan si romeo dan juliet itu akan keberadaanya dan isteri di situ. Sakit pula matanya melihat adengan bersuap di antara adik dan jirannya tadi.

"Ops! Sorry, tak perasan. Hahaha."

Amirul menekup mulutnya buat-buat terkejut. Kemudian dia ketawa perlahan.

"Mana nak perasannya kalau adik aku dah ada depan mata kau. Kan?"

Hafiz senyum sinis. Dia mengerling sekilas wajah adiknya, Amira yang semakin memerah.

Hish Amira ni. Dah suka tak nak mengaku. Cakap aje lah dekat Amirul ni yang kau suka dia. Apa susah? Ni, takut Mirul tak suka kau lah. Amirul tak sepadan dengan kau lah. Hey, Mira. Kau tahu tak yang Amirul ni pun ada hati jugak dengan kau? Haiya! Korang berdua ni sama aje. Malu tapi mahu.. Desis Hafiz perlahan. Tetapi cuma di dalam hati. Tidak berani pula dia mahu berkata begitu di hadapan Amira. Takut rahsia Amirul yang selama ini dia pegang bocor pula.

"Ahah! Ye lah tu. Hehe.. Eh, Mira. Kau ke mana hah lama aku tak tengok? Rindu pulak."

Amirul menyoal Amira dengan wajah yang serius. Bukan setakat wajah, malah suaranya turut diseriuskan.

"Eleh, rindu la sangat. Nak muntah aku. Kau cakap lama tak tengok aku? Sepatutnya aku yang cakap macam tu kat kau. Kau tu, keluar dah lah awal pagi balik pulak lewat malam. Kalau cuti tahu berkurung aje dalam rumah. Bukannya nak keluar jenguk aku ni ha! Well, orang dah berkerjaya."

Amirul ketawa berdekah mendengar ujaran Amira. Betul-betul tepat ke batang hidungnya. Memang dia begitu. Selalu keluar awal pagi dan pulang pula lewat malam. Jikalau hari cuti pula dia banyak meluangkan masa di rumah, ingin melepaskan lelah selepas lima hari melalui hari yang memenatkan. Nak buat macam mana. Kerja sebagai seorang arkitek muda sepertinya memang begitu. Teramat padat mengalahkan arkitek yang sudah kerja bertahun-tahun.

Tetapi bukan hal itu yang membuatkan dia ketawa berdekah. Sebaliknya ayat Amira yang mengatakan dia tidak menjenguk diri si gadis. Haii, tahukah kamu wahai Amira bahawa aku sentiasa menjenguk dirimu walaupun di balik jendela? Cuma kau aje yang tak perasan.

"Eleh, cakap aku tak jenguk kau pulak. Kau tu ada reti nak jeguk aku? Kerja kau kalau tak ada kelas menghadap laptop tu aje lah. Entah apa yang seronoknya pun aku tak tahu."

Amirul menjelirkan lidahnya kepada Amira. Buah pauh yang baru sahaja dipotong Amira diambil pantas kemudian disuapkan ke dalam mulutnya. Amira yang tidak sempat mahu berbuat apa cuma mampu membulatkan matanya yang sedia bulat. Dia menampar perlahan bahu Amirul yang berlapikkan t-shirt hitam bertulis Hard Rock Cafe.

"Eii, kau ni! Mana kau tahu aku selalu menghadap laptop hah? Kau skodeng aku eyh?"

Kali ini Amira mengecilkan pula matanya. Jari tulunjuknya ditunjukkan tepat ke batang hidung Amirul.

Amirul menjeling Hafiz meminta pertolongan. Takkan dia mahu mengaku yang dia meng-skodeng Amira pula. Buat naya sahaja nanti.

Hafiz yang seakan faham dengan jelingan Amirul bersuara, "Korang berdua kalau tak sibuk hal antara satu sama lain memang tak sah kan? Apa kata korang kahwin je. Nanti senang, tak ada dah istilah busy body tu."

Bicara Hafiz menyelamatkan Amirul sekali gus mengeluarkan buah fikirannya. Apa salahnya jikalau Amirul dan Amira bersatu dalam erti kata lain bernikah dan berkahwin. Bukannya diorang baru aje kenal. Pula tu masing-masing sudah menyimpan suatu perasaan yang sama di dalam hati.

"Ahah, kan? Bijak kau Fiz. Hah, Mira. Amacam? Jom kahwin. Nanti tak ada la pulak kau tengok aku dengan mata kecil kau tu bila aku skodeng kau. Kan?"

Mendengar sahaja apa yang diluahkan Amirul, terus sahaja Amira yang sedang mengunyah pauh terbelahak. Intan pula sudah ketawa besar. Tangannya menekup mulut menahan tawa yang terhambur secara tidak sengaja.

Hafiz segera menghulurkan segelas air masak kepada Amira yang sedang terbatuk-batuk. Kesian juga dia melihat keadaan Amira yang terbelahak sampai meleleh air mata. Haish Amirul ni. Nak propose adik aku pun aku time lah. Ni 'pakat' cakap aje. Kau gila ke apa? Dalam hati, Hafiz berbicara tidak bersetuju dengan tindakan Amirul. Tetapi di alam realiti, dia cuma senyap sahaja. Tidak sampai hati pula dia mahu mengeluarkan ayat sebegitu.

"Ehem! So, betul la ni kau skodeng aku? Kau ni memang nak kena, kan!?"

Amira berdeham. Dia memandang Amirul dengan mata kecil seperti tadi. Tangannya sudah mula berasa gatal-gatal seperti mahu mencubit orang sahaja.

"Erk.."

Amirul kelu tidak tahu mahu berkata apa. Dia memandang jemari runcing Amira yang sudah bertukar menjadi ketam. Ah, sudah! Nanti sudah tentu merah lengan aku dicubitnya. Baik aku lari dahulu. Bisiknya di dalam hati. Dia mula mengatur langkah ingin menyelamatkan diri.

"Lari!!"

Amirul menjerit kuat sambil membuka langkah seribu. Amira yang melihat turut menjerit, "Amirul!!" Dan dia turut mengatur langkah seribu mengejar Amirul yang sudah bertempiaran lari. Hafiz dan Intan pula sudah ketawa terkekek-kekek melihat 'wayang' secara live di hadapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience