BAB 10

Romance Completed 6346

3 bulan kemudian

"Intan, kenapa dalam sangat rasa benci Intan tu kat abang? Tak cukup lagi ke apa yang abang buat selama ni untuk tebus balik kesalahan abang? Tak cukup lagi ke ha, Intan? Abang dah banyak bersabar dengan Intan. Tapi kali ni memang abang dah tak boleh nak sabar. Intan dah melampau sangat!"

Akhirnya, setelah tiga bulan Hafiz makan hati, akhirnya apa yang dirasanya selama ini diluahkan jua kepada sang isteri. Biar dia tahu betapa sakitnya apabila dilayan seperti orang asing. Sudahlah makan pakainya langsung tidak dijaga. Kejut tidurnya pula dibuat tidak tahu sahaja. Satiap katanya seperti angin sepoi-sepoi yang lalu seketika. Langsung tidak diendahkan. Semuanya tidak diambil peduli.

Intan senyum sinis mendengar bicara Hafiz. Sekarang baru kau tahu macam mana sakitnya hati aku. Dulu masa kau hancurkan hidup aku kau tak fikir dulu. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku mintak cerai dengan kau lah jantan. Tapi bila teringatkan anak ni anak kau, terus aku berubah hati. Sekejam-kejam aku, tak pula aku rela nak celarukan hidup budak tu.

Intan diam sahaja. Langsung tidak mengendahkan sang suami yang sudah diamuk amarah. Biarlah Hafiz mahu memarahi dirinya sekalipun. Selagi mana dia mampu bertahan, dia akan bertahan. Dia mahu melihat juga akan tahap kesabaran lelaki itu. Adakah sama level dengan tahap kesabarannya.

"Intan, I'm talking to you. So, please..."

Melihatkan Intan yang cuma mengendahkan apa yang dituturnya, dia menyambung bicaranya lagi. Lebih tepat lagi meminta perhatian daripada si gadis.

"Intan!"

Hafiz memusingkan tubuh Intan yang sedang duduk mengiring melipat baju. Intan yang terkejut dengan tindakan drastik Hafiz menghadiahkan jejaka itu dengan pandangan tajam yang sukar untuk ditafsirkan.

"Intan, please-lah. Abang dah tak sanggup nak hidup macam ni lagi. Tinggal satu rumah tapi langsung tiada perbualan. Abang tak suka Intan yang sekarang. Abang nak Intan yang dulu. Intan yang sentiasa happ-go-lucky. Please Intan, jangan buat abang macam ni. Abang tak sanggup."

Setitik manik jernih jatuh ke pipi Hafiz tatkala dia melafazkan ayat itu. Sungguh! Dia tidak rela berhadapan dengan situasi itu. Dirinya dianggap seperti patung cendana yang tidak punya perasaan sahaja.

Intan agak terpana dengan apa yang dilihatnya. Abang Hafiz menangis. Tapi, takkan sebegitu rapuh hati lelakinya untuk mengalirkan air mata.

"Intan. Tolonglah. Kesianlah kat abang. Jangan buat abang macam tunggul kayu lagi. Abang sayang Intan. Abang cinta Intan. Sangat-sangat! Intan pun tahu akan hal tu, kan?"

Intan kelu mendengar bicara suaminya. Tiada sepatah kata pun yang mampu dia ungkapkan. Yang dia tahu sekarang ini, dia tersentuh melihat air mata yang membasahi pipi suaminya. Kata orang, lelaki jarang mengalirkan air mata. Jika dia mengalirkan air mata pun, mungkin kerana orang yang dicintainya telah menyakiti hatinya. Betulkah? Jika betul, bermakna dia telah menyakiti hati suaminya sendiri. Allahuakhbar! Berdosanya hambamu ini Ya Allah keran telah melukakan hati suami sendiri.

Tanpa sedar, Intan turut mengalirkan air mata. Sedih dia melihat keadaan suaminya yang merayu-rayu kepadanya. Terasa dirinya begitu kejam kepada suami sendiri. Pantaskah syurga buatku? Persoalan itu bermain-main di fikirannya.

"Abang, tolong lepaskan Intan," pinta Intan perlahan.

Mendengarkan permintaan si isteri, perlahan-lahan Hafiz melepaskan cengkamannya di bahu Intan. Intan pula apabila sudah dibebaskan, terus sahaja dia keluar dari bilik tidur itu. Tidak sanggup rasanya ingin berlama-lama di dalam bilik yang rasanya nanti bakal banjir dengan air mata.

Hafiz menghantar permergian Intan ke luar bilik dengan pandangan sayu. Seperti tidak percaya sahaja Intan tidak dapat memaafkan dirinya. Intan... Kenapa begitu keras hatimu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience