BAB 5

Romance Completed 6347

"Oit mak cik-mak cik sekalian! Tengah buat apa tu?"

Hafiz menyapa Intan dan Amira yang sedang bergelak tawa sambil mengupas buah pauh di atas pankin. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Tengah basuh baju. Kenapa? Tak nampak ke? Kesian.."

Amira menjuihkan bibirnya. Dia sudah mula mahu meloyar buruk.

"Oh.. Mak cik basuh baju? Dah berapa helai basuh?"

Hafiz yang mendengar Amira berloyar buruk tidak mahu mengalah. Dia turut mahu meloyar buruk.

"Ada lah dalam tiga ribu helai. Kenapa?"

Amira membalas loyar abangnya. Sekilas dia menjeling Intan yang menyuap buah pauh ke mulut Hafiz. Kemudian kelihatan Hafiz memejam mata menahan masam. Dia senyum tepi. Padan muka kau abang!

"Masam!"

Hafiz menyeringai. Intan yang melihat turut ukir senyum tepi. Lucu pula melihat wajah Hafiz yang menahan masam.

"Berapa tadi dik? Tiga ribu pasang? Apa macam? Abang ni tujuh ribu, kay!"

Hafiz buat muka angkuh. Dia menjeling Intan di sebelah. Kelihatan gadis itu sedang mengunyah buah pauh yang telah dipotong nipis. Melihatkan 'senario' itu, terlintas di fikirannya, tidak masamkah buah pauh itu? Namun apabila mengingatkan isterinya itu sedang mengandung, dia mengangguk perlahan tanda faham. Bak kata umi, biasalah tu orang mengandung.

"Eleh abang ni. Dalam mimpi boleh lah. Tapi dalam dunia realit, nak basuh sehelai baju pun malas. Alasannya sibuklah, tak ada masa lah, itulah, inilah. Tapi duk bermanja dengan Intan ada pula masa. Tak sibuk pulak. Tipu je."

Amira menjelirkan lidahnya kepada Hafiz. Hafiz yang melihat menjegilkan mata.

"Alah Mira. Cakap aje lah Mira dengki dengan abang sebab abang dah kahwin. Kan sayang? Hehe.."

Hafiz sengih menunjukkan sebaris gigi putihnya. Dia memeluk bahu Intan.

Amira buat muka menyampah. Buah pauh yang sudah dipotong nipis dia celupkan sedikit ke dalam 'colek' kemudian dimakan. Hafiz yang melihat memejamkan matanya. Mungkin menahan rasa masam buah pauh walhal bukan dia pun yang makan buah pauh itu.

"Dengki? Sorry to say lah abang. Memang tak. No time lah to dengki with you."

"Ye lah tu. Tak dengki konon. Takpe dik. Kalau kau tak sabar nak kahwin, nanti abang pergi pinangkan Amirul tu eyh? Kau kan suka dia."

Hafiz mengenyit mata kirinya usai menuturkan ayat. Intan pula ketawa perlahan. Bukan dia tidak kenal Amirul, jiran sebelah rumah mak long a.k.a emak mentuanya. Dan bukan dia tidak tahu, Amirul itu merupakan crush sepanjang hayat Amira. Melalui cerita yang disampaikan Amira kepadanya, adik iparnya itu sudah meminati Amirul sejak mereka kecil lagi. Pada mulanya minat sahaja. Lepas tu suka. Then, cinta.. Kalau masa kecil-kecil dahulu bolehlah dikatakan cinta monyet. Tetapi apabila usia mereka meningkat dan kini sudah berusia 21 tahun, cinta monyet apanya itu. Cinta menunggu naik pelamin ada lah.

"Abang! Kau ni kan.. Dia ada kat rumah la. Nanti dia dengar kan.."

Amira mencubit perlahan lengan sasa abangnya. Matanya dibulatkan tanda marah. Muka yang tadinya kuning langsat kini sudah bertukar kepada kemerah-merahan. Nampak sangat tengah tahan malu.

"Alah, biar aje lah dia dengar. Mana tahu kan, kot kot nanti kalau dia dengar, dia terus datang meminang Mira. Huhuhu.. Dapat jugak abang adik ipar sorang. Kan?"

Hafiz makin galak mengusik adiknya. Keningnya diangkat-angkat.

"Entah kau ni Mira. Nanti dapat jugak aku adik ipar."

Intan yang cuma berdiam diri tadi mula bersuara. Dia turut mengangkat-angkat kening. Bibir munggilnya mengoles senyum. Manis sahaja jika dilihat.

"Kau ni nak masuk geng abang aku jugak ke? Sama-sama nak usik aku. Hee.. Bencilah! "

Amira menjeling dua 'burung merpati' di hadapannya manja. Tangannya yang memegang pisau dan buah pauh sengaja dihentak-hentakkan tanda protes.

"Eh, sukalah!"

Tanpa dirancang, Hafiz dan Intan sama-sama bersuara dan menuturkan ayat yang sama. Kemudian mereka berpaling memandang satu sama lain. Dan, akhirnya terhambur juga ketawa dari mulut mereka.

Amira yang melihat abang dan kakak iparnya ketawa buat muka masam. Tetapi akhirnya dia senyum juga. Gembira hatinya melihat kemesraan dan kegembiraan di antara abang dan sepupunya yang kini sudah menjadi suami isteri. Dan lagi beberapa bulan mereka berdua bakal menjadi ibu dan abah. Tidak sabarnya dia mahu menyambut kelahiran anak saudara pertama dalam keluarganya.

Walaupun bayi yang bakal lahir itu bukanlah dari darah daging Hafiz, abangnya. Namun Amira sekeluarga cuma buat donno. Bagi mereka, anak yang sedang dikandungkan Intan ini adalah berketurunan mereka juga kerana abangnya berkahwin dengan Intan ketika usia kandungan gadis itu baru sahaja mencecah satu bulan. Masih boleh di-bin dan binti-kan dengan nama abangnya.

"Eleh, kau Intan. Kau nak ke adik ipar yang tua dua tahun dengan kau? Nanti kau nak panggil dia adik pun kau berfikir dua tiga kali.. Wei, wake up babe," suara Amira. Sepotong buah pauh yang sudah dicelupkan dengan 'colek' disuapkan ke mulutnya.

"Eh.. Kan Mira? Tak terfikir pulak dek akal aku ni. Em.. Mira, kau cari yang lain lah. Cari yang lagi muda dari aku. Eyh?"

Intan buat muka manja. Suaranya sengaja dilunakkan. Biarpun kedengaran sedikit gedik, tetapi dia tidak kisah. Bukan ada sesiapa pun kat situ. Cuma dia, Hafiz dan Amira sahaja.

"Eh, kenapa pulak macam tu? No, no, no! Suka hati kau aje suruh aku cari yang lain. Kan aku dah cakap yang dia tu crush sepanjang zaman aku. Tiada yang lain dah! Ada faham!?"

Jikalau tadi Hafiz dan Intan yang mengankat kening kepada Amira. Tetapi kini Amira pula yang mengankat keningnya kepada Intan.

"Abang, dengar tak tu? Crush sepanjang zaman lah.. Setia gila adik abang ni kan?"

Intan buat-buat berbisik di telinga Hafiz. Namun, suaranya tetap seperti biasa malah lebih kuat. Sengaja dia berbuat begitu supaya gerangan di sebelah rumah dapat mendengar.

Amira yang mendengar apa yang dituturkan Intan menjegilkan mata hingga bulat menunjukkan bebola matanya. Bibirnya diketap. Geram pula dia dengan Intan yang seakan-akan berbisik di telinga Hafiz itu. Sudahlah suara seperti separa menjerit sahaja. Luar dari biasa!

"Eh, kau ni Intan! Kan aku dah cakap tadi dia ada kat rumah. Nanti dia de.."

Belum sempat Amira ingin menghabiskan patah katanya, tiba-tiba ada seseorang datang menegur dia, Hafiz dan Intan yang sedang berada di pangkin. Dia menoleh ke kiri ingin melihat siapakah gerangan yang menyapa. Dan, seketika dia terkaku, terpana, terkedu, terkejut dan bermacam ter-lah melihatkan insan yang sudah mengambil tempat tidak jauh darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience