BAB 7

Romance Completed 6347

"Abang.."

Intan memanggil Hafiz sambil menepuk lengan sasa lelaki itu yang melingkari pinggannya perlahan. Perutnya yang terasa sakit digosok-gosok. Harapnya bolehlah hilang rasa sakit itu.

"Abang.."

Sekali lagi Intan menyeru nama Hafiz apabila melihat jejaka itu langsung tidak berkutik dari lena. Tepukan di lengannya juga dikuatkan sedikit.

"Em?"

Hafiz mengangkat tangannya yang melingkari pinggan Intan. Dia menenyeh-nenyeh matanya untuk menghilangkan kantuk.

"Abang, sakit perutlah."

"Hem? Sakit perut? Sakit sangat ke?"

Hafiz yang masih dalam keadaan mamai menyoal Intan. Lampu meja yang terletak di sebelah kiri katil dia buka.

"Ya. Sakit sangat ni."

Intan sudah mula mahu menangis. Tak tertanggung rasanya akan kesakitan itu.

"Sini, abang urut."

Hafiz mendekati isterinya. Kain selimut yang menutupi separuh tubuh Intan dikalihkan.

"Masya-Allah!"

Mata Hafiz terbuntang apabila melihat tompok-tompok merah pada pakaian Intan dan cadar katil. Adakah Intan...?

"Intan, Intan dah nak beranak ke?" Hafiz bertanya cemas. Dahi luasnya mula dicemari renik-renik peluh.

"Abang, sakit!! Sakit sangat, bang. Intan tak tahan."

Intan mula menangis. Tangannya mengurut-urut perut yang memboyot.

Hafiz cemas, tidak tahu apa yang patut dilakukan tika ini. Seketika dia berfikir dan.. Mak!

Dia segera keluar dari bilik tidurnya untuk memanggil gerangan si ibu. Mungkin jika dikhabarkan akan hal ini kepada orang yang lebih tua dan berpengalaman seperti Puan Rasidah, dia dapat menolong.

"Tahniah, encik dapat anak perempuan. Nanti puan akan dipindahkan ke wad dan encik bolehlah mengazankan bayi encik."

Perkhabaran yang disampaikan oleh seorang jururawat yang menyambut kelahiran anak sulongnya cukup untuk membuatkan Hafiz terkaku. Hampir sahaja air mata kegembiraan jatuh meleleh ke pipinya. Dia sujud syukur. Syukur dengan anugerah Ilahi yang satu itu. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan si isteri, apatah lagi bayi yang baru sahaja melihat dunia.

"Terima kasih, nurse."

Itu sahaja yang mampu dia ucapkan di kala dia disampaikan berita itu. Terima kasih. Ya! Terima kasih. Terima kasih kerana telah membantu isterinya dalam melahirkan zuriatnya yang pertama.

"Allahuakhbar Allahuakhbar! Allahuakhbar Allahuakhbar! Asyhadualla ilaha ilallah....!"

Dari penjuru bilik, kedengaran suara seorang hamba Allah sedang melaungkan azan. Bersamanya dikelek seorang bayi perempuan yang baru sahaja beberapa jam menjejak ke alam dunia. Setitis air mata Intan gugur membasahi pipinya. Sayu hatinya melihat akan bayi itu. Lahir tanpa kasih sayang seorang bapa kandung. Langsung tidak mengenali siapakah ayahnya yang sebenar. Namun, tidak apa. Kerana Intan yakin bayi itu bakal mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari seorang insan bergelar bapa. Walaupun cuma bapa tiri.

"Intan, kenapa nangis ni?"

Hajah Fatimah iaitu emak kepada Intan menyoal anak gadisnya tatkala wajah pucat itu dicemari dek air mata.

Intan mengelap air matanya dengan belakang tangan. Dia tersenyum memandang insan yang menyoalnya.

"Cuba mak tengok Abang Hafiz tu. Gembiranya dia dapat anak sulong," kata Intan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Mulutnya dijuihkan ke arah Hafiz yang baru sahaja selesai mengalunkan azan di penjuru bilik.

"Biasalah tu. Lelaki mana yang tak gembira bila dah jadi ayah? Untung anak Intan dapat ayah macam Hafiz tu."

Hajah Fatimah turut tersenyum melihat Hafiz. Kelakuan menantunya yang mencium bayi yang baru lahir itu amat menyayukan hatinya. Hafiz melayan bayi itu seperti anak sendiri. Walhal hakikatnya tidak.

"Intan, kita nak bagi nama apa dekat si comel ni?"

Hafiz mengambil tempat di atas kerusi di sisi Intan. Keningnya diangkat meminta cadangan dari si isteri mengenai soalan yang diajukan.

"Abang rasa?"

Soalan berbalas soalan. Intan sebenarnya tidak tahu mahu manamakan bayinya dengan nama apa. Sebelum ini sudah banyak kali dia membelek buku nama-nama bayi untuk mencari nama buat bayi yang bakal dilahirkan. Tetapi apabila melihatkan senarai nama yang beraneka buat Intan rambang mata. Kalau boleh semua nama mahu diletakkan buat si puteri.

"Abang rasa? Abang rasa... Hem..."

Hafiz mengurut-urut dagunya yang licin tanpa janggut.

"Ibunya nama Nur Intan Humaira. Kalau anaknya pulak.. Em, Nur Intan Maisara okay tak?" suara Hafiz memberi idea. Dia senyum sungging.

"Nur Intan Maisara. Cantik. Macam mana mak?"

Intan menyoal emaknya meminta pendapat. Melihatkan reaksi Hajah Fatimah yang mengangguk dengan pertanyaan anak gadisnya, Intan dan Hafiz saling menguntum senyum.

"So, our princess' name is Nur Intan Maisara. Em, nak panggil apa ni?"

"Intan rasa kan bang, kalau panggil Sara pun cantik. Secantik tuannya. Hehe."

Usai berkara demikian, Intan mencubit perlahan pipi tembam bayi yang diberi nama Nur Intan Maisara itu.

"Sara? Okay. Sara anak ayah ya? Sayang dia." Hafiz menarik sedikit hidung mancung Sara. Kemudian dia mencium pula pipi tembam bayi itu.

Mendengarkan patah kata yang dituturkan Hafiz sudah cukup untuk membuatkan Intan rasa terharu. Terharu dengan penerimaan Hafiz terhadap Sara, anaknya. 'Sara anak ayah ya?' Cuma sebaris ayat sudah mampu membuat hati Intan terasa lega. Moga kasih Hafiz terhadap Sara akan kekal selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience