BAB 8

Romance Completed 6347

"Abang, tolong tengokkan Sara kejap. Intan nak kemas bilik tidur." Intan menepuk perlahan bahu Hafiz yang sedang ralit menonton siaran televisyen.

Mendengarkan permintaan Intan, Hafiz mengangguk perlahan. Seoles senyuman dihadiahkan buat si isteri.

Melihatkan anggukan dan senyuman Hafiz, serta-merta hati Intan terasa damai. Selama dalam tempoh dia berpantang, belum pernah sekali pun Hafiz menolak untuk menengok-nengokkan Sara. Apatah lagi menjaganya. Kalau boleh, setiap apa yang berkaitan dengan Sara, semuanya Hafiz hendak lakukan. Daripada memandikan budak kecil itu sehinggalah menyusukannya. Intan pula tidak pernah melarang, malah suka. Sekurang-kurangnya, ringanlah sedikit beban yang ditanggung.

Intan bangun berdiri perlahan-lahan. Kondisinya yang masih dalam keadaan berpantang agak menyukarkan pergerakannya. Namun itu bukanlah halangan untuk dia melakukan rutin harian yang biasa dilakukan selama ini.

Dia mengatur langkah ke bilik tidur Hafiz, suaminya yang kini dikongsi bersamanya dan Sara. Hajat di hati mahu mengemas apa yang patut dan mengubah suai sedikit deko bilik itu. Memandangkan kini bilik itu sudah bertambah penghuninya maka ruang tidurnya juga turut bertambah.

Perkara pertama yang dilakukan Intan apabila menjejakkan kaki ke dalam bilik tidurnya ialah mengemas meja belajar Hafiz. Dia ingin menyusun semula buku-buku yang bertimbung di atas meja itu. Membuang buku yang tidak penting dan buku yang penting diletakkan di suatu empat.

Intan mengalih satu per satu buku dari meja belajar Hafiz. Dalam leka mengalih buku-buku itu, tiba-tiba sebuah buku nota kecil terjatuh ke atas lantai. Dia tunduk mengambil buku itu.

Melihatkan kulit buku yang bersampul cantik membuatkan Intan tertarik untuk mengetahui apakah isi di dalamnya. Kepalanya dijenguk ke luar bilik ingin memastikan Hafiz tidak mengetahui tindakannya. Apabila sudah pasti Hafiz tidak perasan akan apa yang dilakukan, dia mula membelek buku nota itu sehelai demi sehelai dan isi yang ditulis di setiap muka ditelaah dengan khusyuk. Dan akhirnya, tibalah Intan di muka surat ketiga akhir buku nota itu. Intan membacanya khusyuk.

5 Januari 2015

Aku tak tahu kenapa dengan perasaan aku ni. Tapi yang aku tahu, setiap kali aku bersama dengan dia aku akan rasa lain. Atau lebih tepat lagi aku cakap aku rasa bahagia. Bahagia bila dapat berdampingan dengan dia. Memang aku tak sangkal, aku memang dah lama jatuh cinta dengan dia. Tapi dulu aku ingatkan tu cinta monyet aje. Tapi sekarang aku dah 26 tahun dan dia pulak dah 21 tahun. Adakah ini masih boleh digelar cinta monyet? Aku nak jugak melamar si dia, tapi... Sudi ke dia terima aku? Dia tu seorang gadis yang lawa. Mesti ramai lelaki yang sukakan dia walaupun aku tahu dia tak ada sukakan sesape. Hem... Hanya mampu menunggu :(

DIA => NUR INTAN HUMAIRA

Intan terkedu seketika membaca tulisan pada halaman itu. Dia berfikir sebentar. Adakah benar Abang Hafiz dah lama cintakan aku? Takkan lah!

Malas mahu terus memikirkan akan hal itu, dia membelek ke halaman sebelah pula. Halaman kali ini bertarikh 20 Januari. Seketika, Intan bagai teringat sesuatu. Bukankah tarikh itu adalah tarikh di mana dia telah kehilangan kesuciannya buat selama-lamanya? Agaknya apakah yang ditulis oleh Abang Hafiz pada tarikh ini. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri Intan. Malas mahu diserbu dengan perasaan itu, dia membaca setiap bait tulisan di atas kertas putih yang bergaris biru itu.

20 Januari 2015

Hari ni aku dah buat suatu kesalahan besar. Kesalahan yang tidak mungkin dapat diubah. Aku telah merogol Intan, cinta hati aku sendiri. Kenapa begitu tega aku melakukan perkara itu kepada orang yang sayangi. Walaupun dia dah banyak kali merayu, tapi aku tetap kejam. Aku tampar kedua-dua belah pipi dia sehingga mengalir darah merah keluar dari mulut dia. Ya Allah, jahatnya aku.

Intan menangis. Tapi kenapa aku langsung tak tersentuh dengan tangisan dia? Kenapa aku rogol jugak dia? Kenapa aku lebih pentingkan nafsu aku daripada perasaan dan maruah Intan? Kenapa aku lebih pentingkan keinginan aku untuk memilikinya tanpa persetujuan dia sendiri? Kenapa? Aku sepatutnya mati! MATI!

Jika tadi Intan terkedu, sekarang Intan terpana pula. Terpana dengan apa yang baru dibacanya. Jadi, Abang Hafiz adalah insan yang tidak bertanggungjawab meragut kesuciannya? Tapi kenapa? Kenapa dia? Apa salah dia? Intan terduduk di atas lantai. Setitik air mata jatuh membasahi pipinya.

Ya Allah, terima kasih kerana engkau telah berikan aku petunjukmu. Terima kasih, Allah. Rupa-rupanya lelaki yang berlagak baik di depannya selama ini adalah insan yang telah merogolnya. Insan yang telah melakukan suatu dosa besar. Insan yang tidak pantas digelar manusia. Intan menangis lagi.

Tinggal dua sahaja lagi halaman yang tidak dibaca Intan. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak larat. Dia takut jika dia membaca isi pada halaman itu, pipinya akan lencun dek air mata yang tumpah. Dia tak nak! Dia tak nak mengenang kisah lama. Dia tak nak mengingat kembali sejarah hitam yang telah terjadi ke atas dirinya. Dia tak rela!

Intan bangun berdiri perlahan-lahan. Dia mengatur langkah menapak keluar dari bilik. Buku nota kecil masih kemas dalam pegangannya. Sekarang dia mahu melunaskan hutang sang suami. Dan buku ini akan menjadi saksi kepada perbuatan kejamnya.

Intan melemparkan buku nota kecil yang berada di dalam pegangannya ke arah Hafiz apabila melangkah sahaja dia ke ruang tamu. Hafiz yang terkejut kerana dilontar dengan buku nota yang tepat mengenai bahunya berpaling ke belakang. Tangan kanannya menggosok-gosok bahu kiri yang terkena buku nota itu.

"Kenapa Intan nangis?"

Itulah soalan yang mula-mula sekali meluncur keluar dari mulut Hafiz sebaik sahaja melihat wajah Intan yang basah disirami air mata.

"Sampai hati abang kan? Sampai hati abang buat Intan macam tu.."

Intan berkata dalam esakan. Air mata yang bergenang di kelopak mata semakin galak ingin membanjiri pipi mulus Intan.

"Buat apa, Intan? Abang tak faham."

Hafiz kerut dahi. Pelik juga dia apabila terus diserbu dengan ayat sebegitu. Sampai hati buat macam tu dekat Intan? Buat apa?

"Abang kan yang rogol Intan dulu. Kan!? Abang tak payah nak tipu lah. Intan dah tahu semuanya. Tu, buku tu. Apa yang abang tulis kat dalam buku tu dah jelas semuanya. Dah jelas!" Teriak Intan kuat sekuat amarah yang mula ingin bersarang di hatinya. Air mata turun berjejeran di pipinya seiring dengan bunyi esakan.

"Intan..."

Hafiz kelu. Tidak tahu mahu berkata apa. Apa yang ingin diucapkan lagi jika semuanya sudah terbongkar? Kini, Intan sudah tahu semuanya. Dan, dia sekarang mungkin bakal dibenci Intan

"Aku benci kau lah bodoh!"

Buat pertama kali dalam hidup Intan, dia menyebut perkataan 'bodoh' yang selama ini memang haram di bibirnya. Tetapi, dek amarah yang menggunung, apa yang halal dan haram semuanya sudah dilupakan.

Puan Rasidah yang sedang menyiang ikan di dapur terkocoh-kocoh berlari ke ruang tamu apabila mendengar jeritan bak halilintar Intan.

"Kenapa ni? Intan, kenapa Intan menjerit ni? Hafiz, kenapa ni?"

Puan Rasidah memandang anak menantunya silih berganti. Soalan yang diajukannya tadi cuma dibiar sepi oleh dua makhluk di ruang tamu itu.

Puan Rasidah dapat melihat dari sinar mata Intan akan api kebencian yang sedang marak. Pada riak wajah Hafiz pula seperti orang yang bersalah. Tetapi Puan Rasidah tidak tahu siapakah insan yang dibenci Intan dan kenapa Hafiz kelihatan seperti gerun sahaja.

Puan Rasidah memandang Hafiz meminta penjelasan. Dan tatkala itu pandangannya jatuh pada sebuah buku nota yang terletak di atas lantai. Seperti dirasuk, di terus berjalan ke arah buku nota tersebut dan mengambilnya. Kemudian, isinya dibaca satu persatu.

Air mata Puan Rasidah bergenang di kelopak matanya apabila dia membaca coretan Hafiz yang dikarang pada 20 Januari 2015. Kini, baru dia faham akan situasi saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience