BAB 8

Drama Completed 365

“Lambat.” Haleef bersuara sebaik sahaja aku keluar dari rumah.

Aku menyarung kasut. “Hero kan selalu muncul time last minute.” Banyaklah kau hero. Aku tergelak dalam hati.

Haleef menggeleng. Mesti dia pening nak layan aku.

“Hensem jugak sahabat aku ni.” Haleef merangkul bahuku. Tertarik senyuman di bibirku.

“Well..” Aku menyelak rambutku ke belakang. “Aku memang dilahirkan hensem.” Haha. Aku ni memang dari dulu ada satu penyakit. Kalau orang puji, hati aku akan kembang macam dipam pam.

Haleef tergelak. “Weh, riya’ nampak.” Haleef menolak bahuku. “Jom ah. Along dah tunggu lama tu. Bersiap kalah perempuan.”

“Kau tak apa ke jalan ni? Sekali tumbang aku tolong tengok je.” Aku memandang Haleef yang seperti biasa memakai serkup di kepala. Hari ni dia nampak lain. Wajahnya nampak hidup.

“Kawan macam apa lah kau ni.” Haleef menyaingi langkahku. “It’s ok. Aku rasa bertenaga hari ni.” Dia senyum segaris.

Aku hanya angkat bahu.

“Daler ..” Tiba-tiba Haleef memegang kepala. Tubuh Haleef yang hampir jatuh aku sambut.

“Kau okay tak ni?” Entah kenapa, hati ku dipagut risau. Tiba-tiba Haleef ketawa.

“Aku main-main je lah bro. Kata tak nak tolong tadi. Sayang jugak eh kau kat aku.” Haleef bangun.

Kurang asam. Aku menarik muka. Dia kenakan aku rupanya.

“Tak sayang. Tu namanya humanism.” Aku terus melangkah laju ke depan. Buat gaya marah.

“Daler , kau tahu tak, tahun lepas aku wakil sekolah bola tampar.” Dia bersuara ketika melalui gelanggang bola tampar.

Aku menoleh sambil mengangkat kening.

Dia sengih. “Tak percaya? Aku atlet sekolah dulu.”

Aku hanya menggeleng. Bukan tak percaya. Aku percaya sebab setiap hari Ayip and the geng akan terjerit-jerit memanggil Haleef untuk menjadi pengadil. Yang aku tak percaya, macam mana dia boeh bagitahu aku dengan wajah bersahaja? Senyuman kat bibir dia tu macam kena tarik dengan magnet. Lebar.

“Aku teringin nak buat macam tu lagi.” Aku terdengar suara Haleef yang seakan berbisik. Aku memandang gelanggang. Ayip sedang mengangkat bola dan melancarkan servis mautnya. Aku mendengar Haleef beristighfar perlahan.

Aku tersenyum pahit. Haleef manusia. Aku tahu dia mempunyai rasa itu. Rasa sedih. Rasa kecewa.

“Masuk cepat. Nanti lambat kita sampai.” Abang Qaim yang sudah menunggu dalam kereta menegur. Haleef mengambil tempat di depan. Aku duduk di belakang.

Kereta terus meluncur ke satu destinasi.

Hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience