“Bersyukurlah, kawan. Allah ambil 3 orang dari kau, dan Allah ganti dengan 15 orang.”
Suara itu mnyentuh cuping telinga ku. Aku menoleh dengan pandangan yang kosong. Sekosong hatiku kini. Isinya dah turut sama terkubur sebaik sahaja ibu, ayah dan along terbaring di bawah tanah.
“Kau ada aku sekarang. Tak nampak hikmahnya?” Lelaki itu bersuara dengan bersahaja. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
Cis. Ada kau buat apa? Disaster.
Kata-kata Abang Qaim semalam terngiang-ngiang di telinga. Abang Adi, yang digelar Along merupakan pemilik rumah anak yatim ini. Jangan haraplah aku akan panggil dia Along. Along aku cuma seorang. Tak akan ada yang boleh ganti.
“Be Haleef ’s companion. Tu je yang Along minta dari Daler .”
Hanya satu. Tapi satu tu sahaja dah ibarat merampas seluruh hidup aku. Macam mana aku nak hidup dengan mamat selamba ni?
“It’s not that bad. Percayalah. I’m the best thing that happens in your life. Satu hari nanti kau akan mengaku.” Yakin. Dia mengenyit sebelah mata.
Aku tak tahu kenapa aku rasa tak ngam dengan mamat ni. Maybe sebab ketenangan dia in spite of his condition yang..
Aku pandang kaki Haleef yang tidak memijak tanah. Bukan sebab dia hantu. Bukan pula kerana dia ada kuasa boleh terbang macam dalam tv tu.
Haleef menggerakkan kerusi rodanya mendekati katilnya di sebelah tingkap. Kemudian, dengan tangan kanannya yang seperti batang penyapu memegang dinding, dia bangun dari kerusi rodanya dan duduk di tilam yang kelihatan lama.
“Daler ” suaranya memanggil.
Apa dia nak? Aku menarik muka. Langkah kaki dihayun mendekati katil itu.
Dan sekali lagi, wajah pucat itu dihiasi senyuman.
Share this novel