“Freedom!!!” Haleef menjerit sekuat hati sebaik sahaja dia keluar dari kereta.
Aku tersengih. Aku membantu Haleef duduk di atas kerusi rodanya. Kemudian, kerusi roda itu kutolak perlahan menuju belakang rumah.
“Dah sampai.” Aku menepuk peha dan duduk di sebuah bangku di situ. Haleef bangun dari kerusi rodanya. Aku lihat kakinya terketar-ketar menampung tubuhnya yang kurus keding. Aku memapah tubuh Haleef ke bangku.
Ya, Haleef tidak lagi sekuat dulu. Tenaganya seakan disedut. Aku melihat lengan Haleef yang penuh dengan lebam-lebam. Itupun salah satu kesan kemoterapi yang dijalaninya.
“Thanks.” Haleef menghadiahkan sebuah senyuman sebaik sahaja dia duduk di bangku itu. Aku mengangguk.
“Daler .”
“Hmm.”
“Cuba kau tengok awan tu.” Haleef menuding jari ke langit.
“Kenapa?” Aku mendongak. Apa yang peliknya dengan awan tu?
“Awan tu macam kaulah”
Aku mencebik. Cis, kurang asam. Bentuk macam rabbit tu dia kata macam muka aku yang hensem ni.
“Haha. Salah sangka lah tu. Aku tak kata muka kaulah. Kau tengok awan. Walaupun jauh di langit tetapi memberikan seribu jasa kepada makhluk lain.”
“Kenapa kau cakap aku macam tu?” Aku memandangnya pelik. Aku berjasa?
“Kau tolong aku. Kau baik. Anak yang soleh. In shaa Allah ayah mak kau dapat saham kat sana.” Haleef terbatuk-batuk. Dia berdehem. “Daler , aku tak kesal dapat penyakit ni. Sebab dengan penyakit ni, Allah bagi aku satu anugerah yang tak ternilai.” Haleef terbatuk lagi.
“Apa dia?” Aku mengangkat kening sebelah.
“Allah bagi aku sahabat. Kalau aku tak dapat penyakit ni, tak ada lah Along suruh kau jaga aku. Kau memang sahabat terbaik yang aku ada. Sebab kau sanggup jaga aku. Kau boleh je lari kan?” Haleef menarik senyuman. “Daler , terima kasih.”
Aku menelan air liur. Ahhh, kenapa mata aku berair ni? Terharu. Haleef ni suka buat aku jadi cengeng.
“Dan sebab tu jugak aku berubah. Kalau kau tak sakit, aku tak berkepit dengan kau, aku dah lama tak ada kat dunia ni.” Aku memejam mata. Tak dapat aku bayangkan kalau aku mati kerana bunuh diri. Orang yang ambil nyawa sendiri tempatnya neraka. Allah masih sayangkan aku dengan mengutus Haleef untukku.
“Nampak kan hikmahnya sekarang? Apa yang Allah susun semuanya tip top. Terbaiiiik.” Haleef mengangkat ibu jari.
Aku mengangguk. Fikiranku melayang mengingati kembali saat aku menjaga Haleef di hospital.
“Daler , manusia ni pelikkan.” Haleef bersuara sambil mengambil pil kemoterapinya.
“Kenapa pulak?”
“Manusia cuba lari dari kematian dengan ubat. Tapi tak cuba lari dari neraka dengan amal soleh. Yang kelakarnya, kita memang tak boleh lari dari kematian. Lari dari neraka boleh lah.” Haleef memasukkan pil ke dalam mulut dan menelannya.
Share this novel