BAB 17

Drama Completed 365

Aku terbatuk-batuk. Lamunanku pecah, membawa kembali tubuhku ke wad serba putih ini. Bau ubat kembali menusuk hidung. Aku menggerakkan tanganku. Tangan Haleef yang menggenggamku turut bergerak sama.

“Along, Daler dah sedar.” Aku mendengar suara Haleef . Aku lihat matanya sudah terbuka lebar dengan senyuman kegembiraan terukir di bibirnya.

Aku memandang Haleef dan Abang Qaim dengan wajah kebingungan.

“Daler baru lepas operation. Daler ada brain hemorrhage.” Abang Qaim menjelaskan. Aku hanya tersenyum lemah. Kepalaku terasa sakit mencucuk-cucuk. Tiba-tiba mataku terpandang luka di siku Haleef . Aku menarik perlahan lengan kanan Haleef . Sepanjang lengannya penuh kesan calar dan lebam. Jari-jari Haleef juga dipenuhi luka-luka kecil.

“Kenapa ni?” Aku bertanya lemah. Haleef hanya menggeleng.

“Haleef . Kau tahan badan aku eh masa aku pengsan?” Aku dapat mengagak. Wajah Haleef berubah.

“Maaflah. Aku tak larat nak tampung kau dari jatuh.” Balas Haleef .

“Habis tu, kau biar aku jatuh atas kau?” Mata aku mula berkaca. Tak dapat kubayangkan tubuhku yang tegap ini menindan tubuh kurus Haleef . Hendak menampung berat sendiri pun kakinya sudah terketar.

Haleef sengih. “Tak ada apa lah. Luka sikit je. Takkan aku nak biarkan kau jatuh atas batu-batu keras tu?” Dia menarik balik tangannya. Aku terdiam. Dada mula terasa sebak.

“Kau tahu, ada yang lebih sakit dari ni.”

“Apa?” Suaraku kedengaran serak.

“Bila aku tengok kau pengsan dan tak bangun-bangun lepas operation.”

Ya Allah..

Kali ini kolam mataku pecah. Kata-kata Haleef menyentuh tangkai hatiku.

Aku pandang wajah Abang Adi. Allah telah beri aku seorang abang yang baik setelah Allah mengambil Along. Betul. Abang Qaim tidak dapat menggantikan tempat Along di hatiku. Tapi di Abang Qaim tetap ada di sudut lain di hatiku.

Aku memandang Haleef . Automatik, bibirku mengukir senyum walaupun pandanganku sudah berbalam-balam. Aku bersyukur Allah menghantar Haleef kepadaku. Haleef bukti kasih sayang Allah yang tidak berbelah bahagi kepada insan yang lalai seperti aku.

“Haleef , terima kasih.. sebab jadi sahabat aku.” Aku bersuara perlahan. Air mata mula bertakung di tubir mata. “Aku.sayang.kau.kerana.Allah.” Sepatah demi sepatah kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tekakku terasa kering.

Aku nampak Haleef memejam mata membiarkan air mengalir di kedua pipi cengkungnya. “Aku pun sayang kau kerana Allah.” Suara Haleef kedengaran serak di telingaku. Dia menggenggam tanganku dengan kedua tangannya. Air mata Haleef jatuh di atas tanganku. Aku dapat rasa air hangat itu mengalir menuruni lengan.

Dan aku lihat wajah Abang Qaim yang duduk dekat dengan kepala aku. Wajah Abang Qaim muram.

Eh kenapa ni?

Dan tika ini, aku merasakan dadaku bagai dihempap. Pandanganku bertambah kabur. Aku tersenyum. Ohh rupa-rupanya..

Aku dapat merasakan ajalku kian hampir. Sebentar lagi aku akan menembusi alam lain.

“We’re all dying, even though you don’t happen to have a brain cancer like me.” Kata-kata Haleef menjengah telingaku

Haleef , aku yang pergi dulu rupa-rupanya. Betullah, mati itu tak mengira usia dan kondisi kesihatan. Yang muda boleh mati dulu dari yang tua. Yang sihat boleh mati dulu dari yang sakit.

Ternyata Allah itu sangat baik. Dia tidak menguji aku dalam tempoh yang lama. Andai aku membunuh diri dahulu, alangkah ruginya aku. Sedangkan kemenangan itu sudah sangat dekat!

Terima kasih ya Allah..

“Daler ..” Haleef memanggil aku dengan suara bergetar.

Bibirku cuba tersenyum. Aku tercungap mencari nafas. Nafasku semakin payah. Kini, baru aku sedar nikmat satu hirupan udara yang Haleef katakan.

Haleef jangan lupa doakan aku. Allah izin, kita jumpa di syurga, bro. Sayang kau.

Allah..

Tubuhku terasa semakin ringan.

Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience