Pagi itu amat dingin. Burung-burung masih belum berganjak dari sarangnya. Matahari pula masih malu-malu untuk memancarkan cahayanya dari balik awan.
Haleef menghirup teh untuk menghangatkan tubuhnya. Aku memandang ke luar tingkap. Bilik yang asalnya stor ini ialah bilik Haleef . Terletak di tingkat paling bawah rumah ini.
“Kau jangan cuba buat kerja tu lagi, boleh tak?” Suara Haleef kedengaran tegas. Mungkin marah kerana soalan-soalannya sebelum ini tidak kubalas.
“Aku tak ada sebab untuk hidup lagi lah!” Aku menaikkan suara. Ya. Untuk apa lagi aku hidup. Dah lah duduk kat rumah yang macam penjara. Kena pula jadi penjaga tak berbayar.
“Then, cari sebab tu. Bukannya senang-senang nak ambil nyawa sendiri.”
Pandanganku menikam wajah Haleef . “Kau..kau tak rasa apa aku rasa. Kau kecil lagi waktu parents kau mati. Aku dah besar. Aku ada rasa sayang yang jauh lagi dalam dari kau.” Mataku mula hangat. Entah kenapa, hati aku panas meskipun cuaca amat dingin. Aku tahu, Haleef tinggal di sini sejak 8 tahun yang lalu. Dari dia berumur 9 tahun.
“Okay, Daler . Kita buat satu deal. Kau jangan cuba buat benda pelik-pelik sampai akhir tahun ini. Aku akan tolong kau cari sebab untuk hidup. Lepas tu, kalau kau nak terjun dari tingkat 100 ke aku tak kacau.” Cawan di tangan diletakkan atas meja.
“Kenapa aku kena setuju?”
“Sebab kau dah janji nak jadi companion aku. Kau tolong aku, aku tolong kau.”
“Kenapa sampai akhir tahun ni?”
“Sebab..” Dia menggaris senyuman. “Doktor kata aku cuma boleh hidup sampai akhir tahun ni.” Matanya memandang ke arah aku.
Aku terdiam. Akhir tahun ni? Maksudnya lagi 6 bulan?
“One more, Daler .” Haleef melepas nafas perlahan.
“Parents aku hidup lagi. Diorang buang aku.”
Kali ini, lidahku terus kelu.
Share this novel