Ketika saya sedang praktikal kursus di sebuah syarikat di Sungai Besi saya mengambil keputusan untuk mencari hanya sebuah bilik sewa.
Sebelum saya jumpa rumah tu, saya tumpang tidur di bilik asrama adik saya. Dan pada suatu malam tu (selepas saya jumpa tuan rumah dan buat pembayaran deposit), saya pun terus mengangkat barang-barang di bilik adik saya untuk dipindahkan ke rumah sewa tadi. Siap-siap kemas bilik saya, saya pun tutup pintu , dan baring atas katil.
Sebaik saja saya baring kedengaran bunyi seolah-olah ada 'makhluk' yang berlari-lari atas bumbung rumah tu (oleh kerana rumah flat tu berada di tingkat paling atas sekali, so ada bumbung). Saya fikir, "ahhh mungkin tikus dalam tu kot"
Tuan rumah jarang berada di rumah tu kerana dia selalu bermalam di rumah kawannya di kawasan berdekatan. Kebiasaannya saya sendirian kat rumah tu.
Walaupun saya cuma sewa bilik, tapi saya rasa seolah-olah rumah tu macam da rumah saya dah. Bunyi makhluk berlari atas bumbung tu memang selalu terjadi dan lama-lama saya buat tak tahu je.
Tapi yang paling menyeramkan adalah setelah enam bulan saya duk di sana,pada suatu malam tu, saya masih lagi berseorangan di rumah tu. Malam tu, rasa agak panas, tak tahu kenapa.
Saya pun buka pintu rumah supaya angin dapat masuk, tapi pintu grill saya biarkan berkunci. Saya pun duduk di ruang tamu menonton tv.
Sedang menonton rancangan di TV, tiba-tiba saya terdengar suatu suara yang kedengaran agak perlahan dan jauh.
Suara yang berbunyi "herrrrggghhhhhhh" Lebih kurang macam tu lah. Bayangkan bunyi macam tu, seram gile kot. Tambahan pula berbunyi banyak kali.
Share this novel