Sampai je di bilik, dengan lajunya badannya berpusing menghadap ke belakang (dengan posisi siap sedia untuk berlawan).
Kelihatannya langsung tak ade apa-apa. Dia pun mula yakin bahawa ini semua hanya mainan perasaan yang memperbodohkan dia. Oleh kerana hari itu dia tersangat letih, dia mengambil keputusan untuk terus tidur.
Dia pun terus memakai seluar dan dia mendaratkan dirinya ke atas katil besarnya itu.
Dia pun mematikan lampu dengan menekan suis yang berada hanya di katilnya iaitu di atas kepalanya.
'ketakkkkkâ. Biliknya sekarang gelap gelita. Dan dia pun menutup matanya cuba untuk tidur kerana hari esok, dia akan memulakan hari pertama bekerja di sana.
Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi angin yang sangat kuat di luar secara tiba-tiba. Kedengaran juga seperti pokok di luar rumahnya yang bergoncang mengenai tingkap biliknya.
Bunyi bising ini menyebabkan dia membuka matanya dan melihat ke arah tingkap. Memang betol ada pokok yang bergoncang di luar rumahnya. Dia buat tak tahu je. Dan terus sambung tidur.
Namun, bunyi bising tersebut memang menganggu tidurnya. Lalu dia bertindak mengambil parang yang berada di dalam biliknya dan terus menuju ke tingkap. Sambil menuju ke tingkap tersebut, terdetik dalam hatinya 'Eh, bila masa parang ni ada dalam bilik aku?'..
Dia merasa agak hairan kerana dia sendiri tidak pasti adakah parang tersebut sudah sedia ada dalam biliknya atau tidak. Namun, oleh kerana mengantuk, dia abaikan mengenai hal itu dan terus ingin membuka tingkap untuk menebas dahan-dahan pokok yangt erkena tingkap bilik.
Sebaik sahaja dia membuka tingkapnya, tiba-tiba muncul satu lembaga berupa seperti seorang perempuan gila sambil gelak-gelak halus macam orang gila yang menakutkan. Dia terkejut lalu terjatuh ke belakang.
Kelihatan hantu tersebut terbang memasuki bilik. Terus dia buka pintu bilik dan pecut lari. Dalam berlari itu, sempat dia menoleh ke belakang. Kelihatan hantu itu masih mengejarnya seperti seorang perempuan gila yang berlari dengan matanya yang bulat dan menyeramkan.
Melihat hantu seperti orang gila yang mempunyai ciri-ciri orang gila cukup lengkap itu menyebabkan dia bertambah takut sehinggakan dia menjerit dan pada masa sama rasa macam nak pengsan.
Tiba-tiba sahaja dia seolah-olah tersedar dari mimpi. Ternyata ianya memang cuma mimpi yang menakutkan di rumah sewa yang baru didiaminya itu. Tapi seperti bukan mimpi...
Share this novel