Saya pun perlahankan volume suara TV dan cuba dengar betul-betul. Memang bunyi yang sama saya dengar.
Bulu roma saya tiba-tiba meremang selepas teringat kata kakak saya, “Kalau dengar bunyi gangguan tu macam jauh (dan perlahan), maknanya dia dekat..tapi kalau bunyi kuat dengan kita, maknanya dia jauh".
Di dalam ketakutan tu, saya pun cuba beranikan diri dan cari di mana bunyinya. Memang susah nak cari sebab bunyi tu memang perlahan. Cari-cari tak jumpa, saya pun balik pada ruang tamu, berdiri dan termenung seketika dan kebetulan masa tu saya menghadap ke pintu rumah yang terbuka tu.
Waktu tu saya termenung melihat ke bawah lantai. Sebaik saya mendongak kepala saya ke depan, alangkah terkejut saya apabila terlihat satu susuk tubuh yang berpakaian gelap berambut panjang menutupi mukanya sampai ke hujung kaki.
Nak lari keluar tak boleh, secara spontan saya berlari sepantas kilat ke bilik saya, dan mengunci pintu bilik. Saya bukak laptop, pasang surah-surah al-Quran. Saya termenung ketakutan.
Tak tahu nak buat apa. Akhirnya saya baring cuba tidur, sambil mata saya melihat-lihat sekeliling bilik. Memang susah nak tidur, tapi saya tetap pejam je mata lalu terlena.
Keesokan pagi, terus saya balik kampong dan meninggalkan rumah itu.
Share this novel