Beberapa minit kemudian, dia ternampak dari jauh sebuah bilik yang menyalakan lampu, dan dia yakin bilik itu adalah tandas bunyi air tersebut. Dia pun meneruskan langkah mendekati bilik air tersebut.
Dalam hatinya, 'adakah patut aku tanya siapa di dalam?'.
Sedang dia berfikir, dari jauh kelihatan pintu bilik air itu terbuka. Dia membuat keputusan untuk mengintai siapakah di dalam bilik air tersebut.
Sebaik sahaja dia sampai di pintu bilik air tersebut. Dia terus hidupkan telefon,
dan menghulurkan telefonnya di celah-celah atas pintu untuk merakam siapakah
yang berada dalam tandas bilik air.
Selesai sahaja merakam dalam 10 saat video, dia meloloskan diri ke tempat yang
dirasakan tempat yang selamat untuk bersembunyi. Terus dia hidupkan telefon dan
mainkan video tersebut.
Alangkah terkejutnya dia apabila di dalam video itu menunjukkan paip air langsung
tak berbuka, langsung tiada orang yang mandi dalam tu!
Dia pun terus berlari ke arah bilik air yang masih lagi berbunyi air itu, lalu melihat ke arah bilik air itu. Sebaik sahaja pandangan matanya ingin melihat di dalam bilik air tersebut, tiba-tiba sahaja bunyi orang mandi itu hilang!
Dia terjatuh seketika kerana terkejut. Namun, bangkit kembali dan terus berlari mencari pintu keluar untuk menenangkan diri.
Sambil dia berlari, tersepak pulak penyapu di tengah jalan yang digunakannya untuk
kemas rumah tadi. Dia terjatuh dalam keadaan berbaring dan dia seakan-akan lumpuh sementara. Di dalam posisi yang terbaring itu, pandangannya betul-betul tepat ke bawah meja makan. Alangkah terperanjatnya apabila dia ternampak seakan-akan wanita strok berada di bawah mejanya.
Dalam keadaannya yang sakit dan tidak mampu bergerak, dia hanya mampu menjerit sekuat hatinya sambil menutup mata. 15 saat dia menjerit tanpa henti,
tiba-tiba dia terasa tamparan yang sangat kuat di pipinya.
Share this novel