“Ada sedara-mara ke kat sini? Ke kamu menyewa, tanya bosnya kepada dia.
“Eh, takde tuan. Saya sewa rumah dekat hujung tu.” jelas nya.
“Dalam lorong sebelum kedai runcit tu ke?', tanya bosnya lagi.
“Ya tuan.”
“Rumah kamu yang paling hujung belah kanan?”, tanya bosnya seperti kehairanan.
“Ya, yang itulah... Kenapa tuan? Macam pelik je gaya tuan tanya soalan tu?” sambungnya.
“Err. Kamu tidur di rumah tu la semalam?', tanya bosnya lagi.
“Ye tuan. Bimbang datang lewat. Tu yang terus datang tidur sana.', jelasnya.
“Err. Marilah sambung kerja.” kata bosnya.
Dia berasa agak hairan dengan pertanyaan dan ekspresi bosnya tentang rumah sewa itu. Jam di telefonnya masih menunjukkan pukul 1.30. Belum pukul 2 petang.
Bermakna belum lewat la.
Dia pun menyambung kerjanya sehinggalah pukul 6 petang. Sebaik sahaja dia ingin pulang, tiba-tiba bos menyapanya,
“Seeloknya kamu pindah la rumah lain.”
Dia hanya menganggguk dan berat pula mulut mahu bertanya sebabnya. Dia pun pulang ke rumah.
Dalam perjalanan ke rumah, dia masih lagi memikirkan berkenaan nasihat bos tadi..
“Kenapa bos suruh pindah?”, Dia masih lagi kehairanan. Namun, dia tidak endahkannya sahaja.
Sebaik sahaja tiba di rumah, dia terperanjat kerana semua pintu dan tingkap
rumahnya terbuka luas seperti ada seseorang yang memasuki rumahnya. Dia
pun berhentikan keretanya agak jauh dari rumahnya dan ingin masuk.
Dia berjalan perlahan-lahan menuju rumahnya. Dari jauh, dia nampak
seakan-akan ada seorang wanita. Wanita tersebut seperti wanita gila yang
dalam mimpi dia semalam.
Dia pun apa lagi!! Terus berlari masuk kereta. Tanpa fikir panjang, dia terus ke rumah Pak Cik Jamal yang pernah masuk ke rumahnya kelmarin.
Rumah Pak Cik Jamal kelihatan agak menyeramkan. Namun dia memberanikan diri pergi ke rumah Pak Cik Jamal. Malangnya, Pak Cik Jamal tiada di rumah. Dia buntu lalu dia terus ke keretanya.
Sambil berfikir, dia melihat cermin pandang belakang keretanya. Alangkah terkejut beruknya, apabila dia melihat wanita gila yang memakai kain telekung tersebut ada di tempat duduk belakang keretanya dengan muka senyumnya yang menakutkan!
Share this novel