“Anak ok tak ni?”
Dia dengan perlahan memperlahankan jeritannya dan membuka matanya. Kelihatan rumahnya sudah cerah dipasang lampu.
Dan ada seorang pak cik yang tidak la tua sangat berumur dalam lingkungan 50 an berkupiah dan bermisai nipis, berada di depannya seraya bertanya,
“Kau kenapa ni? Nampak hantu?”
Dia mengangguk kepalanya dan menunjukkan jarinya ke bawah meja. Dia agak terkejut kerana benda tu dah tak ada.
“Tadi… tadi, benda tu ada bawah meja tu, pak cik!” ujarnya.
Pak Cik tu berkata, “Tak ada apa lah tu. Kau je yang fikir bukan-bukan…”
“Macam ni lah, nama pak cik, Pak Cik Harun. Pak Cik tinggal diseberang sana.” Sambil menunjukkan sebuah rumah yang tidaklah jauh sangat dalam 150 meter.
“Pak cik ada kerja ni, kena balik...kalau ada apa-apa masalah, kamu boleh panggil pak cik. Ataupun ambik nombor telefon pak cik ni. Kalau nampak apa-apa lagi, telefon pak cik', sambung Pak Cik Jamal sambil menghulurkan kadnya.
Pak Cik Jamal pun berlalu meninggalkan rumah tersebut.
Dia pun dengan mukanya yang agak ketakutan, bangun, berjalan perlahan-lahan, mengintai-intai di sekeliling kalau ada apa-apa lagi.
Kelihatan seperti tiada apa-apa lagi benda yang menyeramkan. Dia berfikir mungkin itu hanya ilusi sahaja kerana maklumlah dia baru sahaja bangun tidur dan keletihan.
Dia pun tersenyum sendiri.. Sambil itu, dia baca kad yang berada di tangannya. 'Pengurut Zahir & Batin pun ada kad bisnes? Hebat pak cik ni. Katanya dalam hati.
Dia pun pergi ambil tuala yang masih lagi ada dalam beg besarnya itu dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Masuk je bilik air, dia terus pasangkan shower. Dalam beberapa minit, tengah-tengah seronok dia mandi, tiba-tiba dia teringat akan kejadian tadi.
Dia berasa agak takut. Dia pun memperlajukan mandiannya sambil melihat atas kiri kanan belakang depan. Siap je mandi, terus dia pecut berlari masuk ke biliknya. Sedang dia berlari menuju ke bilik, dia terasa seakan-akan ada seseorang mengikutinya.
Share this novel