BAB 3

Horror & Thriller Completed 5948

Bermula pada waktu kawan saya baru sahaja berjaya menamatkan pelajarannya di sebuah pengajian tinggi di utara tanah air. Dengan keputusan yang agak cemerlang baik akademik mahupun kokurikulum, dia berjaya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang agak ternama di situ.

Dia adalah seorang yang baik dan agak pendiam. Malah, dia ini jenis yang tidak suka dengan suasana yang bising.

Dengan gaji yang ditawarkan oleh syarikat tersebut, dia membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah dan tinggal seorang diri supaya senang tidak timbul masalah antara rakan-rakan rumah berkenaan bayar sewa, bayar bil air, elektrik, dan sebagainya.

Dipendekkan cerita, dia pun jumpa lah sebuah rumah yang dirasakannya amat puas hati kerana keselesaan rumah itu dan juga berbaloi dengan harga. Selepas bertemu tuan punya rumah dan dia pun dah lihat semua keadaan rumah itu yang dilengkapi semua peralatan-peralatan asas seperti TV, kuali, peti sejuk, kipas dan sebagainya, dia pun tanpa berfikir panjang, terus bersetuju dan terus membuat bayaran deposit serta bayaran untuk sewa pada bulan itu.

Setelah membuat persetujuan, dia pun cepat-cepat mengangkat barang-barang dari kereta untuk diangkut ke rumah tersebut supaya selepas ini dia boleh rehat-rehat dan tidur.

Setelah selesai mengangkat barang dan mengemas rumah, dia berfikir tentang apa yang akan dia nak buat lepas ni.

Oleh kerana rumah teres yang disewakan ini agak terasing dengan rumah yang lain, dia pun berfikir untuk memasang CCTV dan alat penggera untuk keselamatan sekiranya ada pencuri atau perompak. Al-maklum, malam-malam di rumah itu, dia dapat jangkakan memang gelap gelita.

Namun, duit masih belum cukup. Dia terpaksa tunggu untuk dapat gaji pertamanya dahulu.

Sambil berbaring memikirkan macam-macam benda tu, dia terlelap di atas sofa yang sudah tersedia di rumah tersebut.

Sebaik sahaja dia sedar, hari sudah malam, dia langsung tak nampak apa-apa. Rumahnya sangat gelap gelita.

Dia lupa nak pasang lampu tadi. Tapi dia tak jangka pulak rumahnya akan gelap sampai tak nampak apa-apa langsung macam ni!
Dia pun bangun, menyeluk poketnya mengambil telefon sambil dia membelek-belek telefonnya mencari 'apps' untuk lampu suluh, tiba-tiba dia terdengar bunyi seakan-akan ada seseorang sedang mandi di bilik air.

Dia yang sentiasa berfikiran positif ini langsung tidak menganggap bunyi air itu adalah hasil daripada bunyi daripada hantu atau makhluk halus.

Tetapi, dia menganggap ada orang lain di dalam rumahnya itulah yang difikirkannya.

Oleh kerana itu, dia mengambil langkah supaya tidak menyalakan lampu suluh dan bergerak secara perlahan-lahandan secara senyap. Dia cuba mendekati bunyi seakan-akan orang mandi itu. Semakin lama, bunyinya semakin dekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience