Seperti biasa setiap lewat petang bermulalah rutin harian saya dengan kerja rumah sampailah malam. Dalam jam 9 malam lebih kurang, saya membuat kerja sambil menonton TV yang boleh diintai dari dapur.
Nak dijadikan cerita sedang saya seronok but kerja sambil menonton TV, saya dengar bunyi tapak kaki mak dan tak lama lepas tu, Nampak kelibatnya pula dengan sisi mata. Kemudian berdiri di sebelah saya. Yang peliknya saya langsung tak menoleh atau pun menegur mak pada hal dalam hati saya mahu katakan jangan ubah rancangan TV yang sedang saya tonton dengan nada gurauan. Tapi tak terluahkan.
Lepas itu, saya Nampak mak masuk ke bilik saya sebab berhampiran dari tempat saya berdiri. Mulanya saya fikir mak mungkin nak tengok anak-anak saya sedang buat apa atau pun nak gunakan tandas. Tapi saya hairan juga kalau mahu guna tandas, sebelah biliknya juga ada satu lagi tandas.
Lama juga saya lihat mak di bilik dan tak perasan pula yang mak keluar dari bilik saya itu.
Saya pun tiba-tiba tergerak hati dan berdiri di hadapan pintu bilik. Bilik itu gelap. Saya pun buka lampu dan tiada sesiapa di dalamnya.
Tandas gelap juga. Dengan perasaan tak puas hati, saya pun pergilah ke bilik mak dan saya lihat mak sedang menjahit. Saya tanyalah jika dia ada keluar mahu menonton TV, alangkah terkejutnya saya dengan jawapan yang diberikan
Saya bagitahulah apa yang saya baru alami kat mak dan ingatkan dia hanya bergurau sebab mak pun spesies suka bergurau juga. Tapi sungguh-sungguh dia katakana dia tak keluar bilik selepas solat Isyak tadi.
Mujur tiada apa-apa apa2 yg terjadi pada saya dan keluarg amalam itu. Tak adalah pula sampai demam atau meremang bulu roma. Saya buat seperti tiada apa yang berlaku.
Share this novel