BAB 8

Romance Completed 731

Beberapa tahun kemudian…

“Teringat pula saya, betapa susahnya awak hendak menerima saya dulu,” ujar Zaief kepada isterinya yang berada di sisinya di kepala katil itu. Di tengah-tengah mereka, terdapat seorang insan kecil yang sangat dikasihi oleh mereka berdua. Zaief mengusap kepala si kecil cinta hati mereka itu.
Zainora menguntum senyuman, “Jodoh, bukanlah perkara main-main. Mestilah Zainora perlu fikir masak-masak dahulu. Lagipun, awak tu adalah seorang putera, bukan sebarangan orang.”
Sebenarnya, mereka sedang berbincang tentang lamaran daripada seorang menteri untuk menjodohkan kakanda mereka dengan anaknya. Memang Tengku Serina masih belum berkahwin sedangkan mereka berdua sudah mempunyai seorang anakanda yang bernama Tengku Arash .
“Sampai bonda sendiri melamar awak untuk saya, baru awak terima saya.” Zaief memandang wajah isteri yang dinikahinya beberapa tahun yang lalu.
“Lamaran Permaisuri, mana berani saya hendak tolak,” balas Zainora , sengaja mengusik suaminya. Zaief tersengih sebelum mencuit hidung si isteri. Dia tahu isterinya bergurau sahaja.
“Alhamdulillah. Sekarang awak sudah menjadi milik saya. Dulu awak chef diraja untuk semua. Sekarang, awak adalah chef diraja yang esklusif untuk saya seorang.” Zaief tersenyum.
“Ya, hanya untuk awak,” sambut Zainora , membalas senyuman suami yang tercinta.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience