BAB 5

Romance Completed 731

Tengku Serina menguntum senyuman sebelum menghampiri Zainora . Dia berdiri sekaki daripada chef junior itu. “Zainora , it will make me happy if the answer will be a yes.” Kemudiannya, Tengku Serina berlalu daripada situ begitu sahaja.
Sekali lagi dia terkebil-kebil. Sebenarnya, dia tidak faham apa yang ingin dikatakan oleh Tengku Serina . Tadi, Tengku Serina menginginkan hadiah daripadanya. Kemudian, Tengku Serina mahukan jawapan ‘Yes’. Apa sebenarnya hadiah yang diingini oleh Tengku Serina dan ‘Yes’ itu pula untuk apa? Pening kepalanya.
Selesai majlis sambutan hari lahir Tengku Serina , Zainora terus berlalu ke dapur istana. Tugasnya di situ sudah selesai. Tugas memantau dan mengemas makanan dan dewan itu pula adalah tugas orang lain. Di dapur istana, dia melepaskan penat lelahnya pada hari itu.
Pak Cik Saddiq yang perasan kepulangan Zainora di dapur istana itu hanya membiarkan juniornya itu berehat untuk seketika. Pak Cik Saddiq adalah ketua chef istana, jadi dia hanya memantau sekali sahaja majlis ulangtahun hari jadi Tengku Serina tadi sebelum kembali ke dapur istana untuk tugas-tugas yang lain.
“Macam mana majlis tadi, Zainora ?” soal Pak Cik Saddiq berbasa-basi.
“Alhamdulillah, meriah juga pakcik. Makanan pun Alhamdulillah cukup dan semua orang nampak berpuas hati,” jawab Zainora .
“Penat sangat pula pak cik tengok Zainora .”
“Penatlah sikit pak cik.” Zainora tersengih. Malu pun ada dengan Pak Cik Saddiq . Iyalah, dia masih muda tapi sudah mudah penat seperti orang tua pula.
“Dalam peti tu ada sesuatu untuk kamu. Tengoklah di tingkat lima” Pak Cik Saddiq menunjuk ke arah peti sejuk dapur istana di belakang Zainora .
Zainora segera berpaling. Dalam kepalanya sudah tergambar makanan yang enak tersimpan untuknya. Apatah lagi, dia hanya sempat melapik perutnya dengan roti sahaja untuk sejak pagi tadi. Dibuka pintu peti sejuk itu dan dia menjengah ke tingkat lima peti sejuk itu. Apa yang dia adalah satu papan yang dipenuhi dengan 6 biji kek cawan. Zainora berpaling kepada Pak Cik Saddiq . “Cupcakes ini kah, pak cik?”
Apabila pak cik Saddiq mengangguk, Zainora mencapai papan kek cawan itu dan menariknya keluar. Seketika kemudian, dia terkebil-kebil memandang kek-kek cawan yang sudah berapa di atas meja. Lima kek cawan yang mempunyai bentuk hati manakala sebutir lagi ada tertulis ‘Will You Marry Me?’

Bulat mata Zainora sebelum dia memandang Pak Cik Saddiq . “Pak cik, apa ni?”
Pak Cik Saddiq kemudian ketawa apabila dirasakan Zainora sudah salah faham. “Bukan dari pak cik, Zainora . Daripada Zaief .”
Zainora menarik nafas lega apabila kek-kek cawan itu bukanlah daripada Pak Cik Saddiq namun, apabila ketuanya itu menyebut nama Zaief , dia terkedu. “Zaief ???”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience