BAB 4

Romance Completed 731

“Saya ada hadiah untuk awak.”
Zainora mengangkat wajah daripada hidangan yang diuruskannya. Dia memandang sekeliling sebelum memandang pemuda itu dengan kerutan. “Hari ini hari jadi kakanda Tengku. Kenapa pula saya yang dapat hadiah?”
“Saya dah bagi hadiah pada kakanda saya. Giliran awak pula,” jawab Zaief dengan sengihan.
“Tapi hari ini bukan hari jadi saya,” balas Zainora . Kemudiannya, dia bergerak untuk memeriksa makanan-makanan lain. Makanan-makanan pada majlis ulangtahun hari jadi Tengku Serina itu adalah dibawah seliaannya. Dia juga bimbang orang akan memandang dia pelik jika berbual-bual dengan Tengku Mateen Zaief .
“Tak apalah. Saya tetap hendak beri hadiah pada awak tapi hadiah awak ada di dapur. Saya tak boleh bawa ke sini sebab hadiah awak akan hilang nanti. Nanti awak boleh tuntut hadiah awak dengan Pak Cik Saddiq , ya?” ujar Zaief sebelum berlalu.
Zainora memandang tubuh lelaki itu. Dia kemudiannya menggeleng sendiri. Macam-macam sungguh karenah anakanda Raja mereka itu. Namun, dia tetap ingin tahu apa hadiah yang akan dituntutnya daripada Pak Cik Saddiq nanti. Nampaknya, Pak Cik Saddiq telah berkonspirasi dengan Tengku Mateen Zaief .
“Hai, Zainora .” Tegur seseorang.
Zainora pantas berpaling kerana dia kenal benar akan suara tersebut. Tengku Serina . Lalu, senyuman manis diukir untuk gadis yang berdiri di sebelahnya itu. “Tengku, Selamat Ulangtahun Hari lahir,” ucap Zainora seraya menundukkan kepalanya seketika sebelum mengangkatnya kembali.
“ Terima kasih. Terima kasih juga sebab sudi sediakan makanan untuk majlis ini,” balas Tengku Serina .
Zainora menggeleng sendiri. Tengku Serina memang ramah dengan staf istana, “Memang tugas saya, Tengku. Tak perlu ucapkan terima kasih.”
“Ucapan terima kasih itu perlu sebab ia akan mengeratkan hubungan kita, Zainora ,” balas Tengku Serina sebelum mengambil sebiji pinggan kecil untuk diisi makanan yang ada di situ. Zainora membantu Tengku Serina .
“Zainora , kalau saya minta satu hadiah daripada awak, boleh tak?”
Bulat mata Zainora mendengar soalan Tengku Serina . Terkebil-kebil dia memandang puteri mahkota Baldwin itu. Hadiah untuk Tengku Serina ??? Manalah dia ada duit untuk membelikan hadiah kepada Tengku Serina . Takkanlah dia hendak menghadiahkan barangan yang murah? “Tengku…”
“Saya bukan hendak minta sesuatu yang susah. Senang sahaja, Zainora . I promise. Boleh?” Tengku Serina memotong.
Zainora semakin serba-salah, “InsyaAllah, tengku. Saya akan cuba usahakan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience