BAB 1

Romance Completed 731

Zaief duduk di sebalik kaunter yang memisahkan bahagian memasak dan juga bahagian tempat meja dan kerusi makan. Dia menongkat dagu, memandang gelagat chef-chef yang sedang gigih bekerja. Namun, fokusnya lebih tertumpu kepada seorang chef perempuan muda yang bernama Zainora . Zainora bergerak ke kanan, matanya ke kanan. Zainora bergerak ke kiri, matanya ke kiri. Ketua chef, Pak Cik Saddiq di dapur itu menggeleng sendirian melihat gelagat putera kedua Negara Baldwin itu.
“Zaief nak makan?” soal Pak Cik Saddiq . Penat juga dia melihat Tengku Mateen Zaief yang asyik duduk menongkat dagu itu. Dia yang sudah biasa dengan putera itu daripada kecil, hanya memanggil Zaief dengan namanya sahaja.
“Tak apa, pak cik. Zaief tak lapar,” jawab Zaief mesra, melarikan pandangannya ke arah wajah tua Pak Cik Saddiq pula.
“Dah tu, buat apa kat sini, Tengku? Membuang masa?” suara kecil yang dinanti-nantikan oleh Zaief daripada tadi kedengaran. Zaief menyuakan senyuman kepada Zainora .
“Tak lah. Saya tengah buat kira-kira.” sindir Zaief dengan senyuman manisnya. Sungguh kontra! Dilihatnya Zainora menjelingnya. Zaief tersengih lagi. Dia memang suka mengusik gadis itu. Entahlah, sejak Zainora mula bekerja di dapur itu beberapa bulan yang lalu, dia sudah tertarik. Tiada siapa yang tahu aktivitinya di masa lapang itu selain dayang-dayang dan pengawal-pengawal yang masuk ke dapur istana untuk makan ketika dia berada di situ.
“Kira bawang yang Pak Cik Saddiq kupas?” Zainora menempelak lembut, dengan matanya dijengilkan.
Belum sempat Zaief membalas, Pak Cik Saddiq sudah mencelah.
“Bercinta kat sini pula dia. Zaief , kan tak siap makanan malam ni,” ucap Pak Cik Saddiq . Zaief ketawa senang hati. Dia suka apabila Pak Cik Saddiq menyebut bahawa dia sedang bercinta, padahal mereka tiada apa-apa.
“Yalah. Yalah. Pak Cik Saddiq dah menghalau. Zaief pergi dululah.”
Dalam perjalanan kembali ke kediamannya, Zaief singgah di kediaman kakandanya, Serina . Kelihatan gadis yang tua dua tahun daripadanya itu sedang mencari sesuatu di rak buku.
“Akak buat apa?” tanya Zaief selepas member salam. Dia duduk di kerusi hadapan meja kerja. Kakandanya berpaling dengan sebuah buku yang tidak kurang tebal di tangannya.
“Buat research sikit. Zaief ni, mesti daripada dapur. Pergi mengacau Zainora , kan?” balas Serina lalu duduk. Dia adalah satu-satunya kakanda Zaief , jadi semua rahsia Zaief diketahuinya termasuklah rahsia hati pemuda itu.
“Syhhh…” Zaief meletakkan jari telunjuk di bibir.
“Tak ada oranglah dalam bilik kerja ni. Tak payah hendak berahsia sangat dengan akak.” Serina menjulingkan matanya.
“Manalah tahu. Orang cakap, dinding pun ada telinga,” balas Zaief . Memang dia agak berhati-hati. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu bahawa dia mengukai chef junior itu. Bonda dan ayahanda tentunya tidak tahu.
“Itu orang cakap. Akak cakap, dinding bilik kerja akak ni sound-proof, insyaAllah.”
“Yelah. Yelah.” Bercakap kakandanya itu, memang dia tidak akan menang.
“Betullah, kan? Zaief memang pergi kacau Zainora .” Serina membuat kenyataan.
Zaief menggaru-garu kepalanya yang memang tidak gatal. Segan, “Mana ada kacau. Zaief cuma jenguk sahaja.”
Serina menggeleng melihat gelagat adindanya sebelum mengusik, “Iyalah tu. Orang tengah angau memang macam tu. Tengok sesaat pun dah okey, kan?”
“Eh, mana akak tahu? Akak pernah angau ke?” balas Zaief selamba.
“Ish… ketuk kepala kang.” Serina menjengilkan matanya. Dia tidak mahu berbincang tentang kisah cinta hidupnya tetapi kisah cinta adindanya. Lagipun, dia mana ada kisah cinta setakat ini! Tiba-tiba, dia melihat Zaief tersengih sendiri. Hah, sempat pula budak ni mengelamun.
“Dahlah, Zaief . Kalau datang sini hendak berangan kahwin dengan Zainora , baik Zaief balik. Kalau tak, ada baiknya Zaief tolong akak,” tegur Serina .
Zaief tersengih. Nampaknya, kakandanya sudah mula serius. Iyalah, Serina ada seorang puteri mahkota. Dia tahu, gadis itu memang sentiasa sibuk. Betul kata kakandanya, lebih baik dia membantu kakandanya itu daripada berangan kahwin dengan Zainora yang entah bila akan tercapai impian itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience