BAB 6

Romance Completed 731

Zainora meramas jari-jemarinya. Kepalanya daripada tadi menunduk kerana tidak berani memandang dua insan ahli keluarga diraja di hadapannya sekarang ini.
“Macam mana, Zainora ? Apa keputusan Zainora ?” soal Permaisuri Rania . Wajahnya dihiasi senyuman kerana dia tidak mahu Zainora terlalu gementar.
Zainora diam lagi. Dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Dia sekarang sedang menghadap Permaisuri Rania dan Tengku Serina gara-gara Tengku Mateen Zaief yang membuat kek cawan untuk melamarnya. Tahulah dia adalah seorang chef, tapi perlukah melamar menggunakan kek? Tapi cara itu pun romantik juga sebenarnya.
“Hari tu saya sudah cakap pada Zainora , it will make me happy if the answer will be a yes,” ujar Tengku Serina pula.
Zainora terdiam lagi. Ooo… inilah rupanya perkara yang diperkatakan oelh Tengku Serina pada majlis ulang tahun tempoh hari.
“Zainora tak sukakan Zaief kah?” tanya Permaisuri Rania lembut. Nampak seperti Zainora susah hendak memberikan jawapan. Adakah gadis itu sudah mempunyai pilihan sendiri?
“Bukan macam tu, Tuanku. Saya tak pernah bencikan Tengku Zaief ,” jawab Zainora .
Permaisuri Rania tersenyum, “Zainora tersalah jawapan ni. Saya tak pun cakap Zainora bencikan Zaief . Zainora jangan risau. Saya tak akan marah jikalau Zainora hendak menolak. Mungkin Zainora sudah ada kekasih?”
Zainora menggeleng, “Tak ada, Tuanku.”
“Jadi, kenapa Zainora masih belum ada jawapan? Zainora ada masalahkah?” soal Permaisuri Rania lagi.
“Saya keliru, Tuanku. Saya hanya kuli istana. Saya tidak layak untuk perkara-perkara sebegini,” ujar Zainora jujur.
Serina berpandangan dengan bondanya sebelum mereka berdua memandang Zainora kembali, “Zainora , kami tak pernah menganggap staf istana sebagai kuli. Malah, kami sudah mengganggap kita semua sebagai satu keluarga yang saling memerlukan dan membantu antara satu sama lain. Jangan terlalu rendah diri, Zainora .”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience