BAB 2

Romance Completed 731

Zaief mengaminkan doa yang dibacanya sebelum diaminkan juga oleh ayahanda, bonda dan kakandanya. Kemudian, dia bergerak menghampiri mereka untuk bersalaman. Ini adalah aktiviti mingguan mereka, iaitu bersolat jemaat bersama-sama. Oleh kerana tidak berpeluang melakukan perkara ini setiap kali solat, mereka sekeluarga membuat keputusan bahawa dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali mereka perlu bersolat jemaah.
Dahulu, tentulah ayahanda yang menjadi imam mereka. Sekarang, ayahanda sudah member tugas itu kepada Zaief . Lagipun, Zaief sudah pun berusia dua puluh dua tahun. Pemuda seusia ini, memang patut sudah reti menjadi imam solat keluarga.
“Zaief , bonda perasan bacaan ayat suci Zaief sudah semakin luas,” puji bonda, Permaisuri Rania , ketika dia menyalami wanita itu.
Zaief menguntum senyuman manis. “Alhamdulillah, bonda. Zaief pun masih dalam proses belajar lagi juga.”
“Alhamdulillah. Bagus tu, Zaief . Nampaknya, Zaief sudah dewasa,” sambut ayahanda, Tuanku Muhammad Danish pula.
Serina tersengih, “Maksudnya, Zaief sudah boleh kahwinlah kan, ayahanda, bonda?”
Zaief membulatkan mata kepada kakandanya, menghantar amaran supaya gadis itu tidak membongkar rahsia hatinya kepada ayahanda dan bonda.
“Kalau ada calon, apa salahnya. Lagipun, Zaief sudah habis belajar. Ayahanda dulu pun kahwin lepas habis belajar walaupun ketika itu bonda masih lagi belajar,” balas Tuanku Muhammad Danish, membuka sedikit hikayat kisah zaman mudanya bersama Permaisuri Rania .
Zaief dan Serina tersenyum mendengar kata-kata ayahanda mereka. Mereka beruda sudah tahu hikayat ayahanda dan bonda mereka dahulu tetapi mendengarnya berulang-ulang kali tidak langsung memudarkan perasaan teruja mereka.
“Ayahanda, macam mana ayahanda tahu bahawa ayahanda sudah bersedia untuk berkahwin?” soal Zaief . Ketika ini, hanya mereka berempat berada di bilik solat itu. Lalu, dia tidak segan bertanya hal-hal peribadi kepada ayahanda dan bondanya.
“Tanya pada Allah, Zaief . Setiap hari kita perlu mengadu pada Allah dan akan sampai satu masa bahawa Zaief akan rasa sudah sampai masanya Zaief hendak menghalalkan perasaan yang Zaief alami. Ketika itu, insyaAllah, Allah akan datangkan keyakinan dalam diri kita,” jawab Tuanku Muhammad Danish. Dia dapat merasakan bahawa ada maknanya anakanda lelakinya itu bertanya soalan sedemikian, namun dia tidak bertanya lebih lanjut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience