BAB 7

Romance Completed 731

“Apa maksud Zainora dengan tidak layak? Sebab Zainora bukan berdarah diraja? Zainora , awak pun tahu saya juga rakyat biasa dahulu,” sambung Permaisuri Rania pula.
Zainora mula serba salah, “Saya tidak bermaksud hendak menghina Tuanku. Maafkan saya.”
Permaisuri Rania ketawa. “Tidak, Zainora . Tidak timbul hal hina-menghina di sini. The point is, sekarang ini awak jangan fikirkan sangat perbezaan taraf. Di mata Allah, kita semua sama sahaja, Zainora . Apa yang membezakan kita hanyalah taqwa kepada-Nya.”
Zainora hanya mengangguk mendengar tazkirah pendek daripada permaisurinya itu.
“Ataupun, Zainora tak yakin bahawa Zaief boleh menjadi suami yang baik untuk Zainora ?” soal Serina pula. Mereka berusaha mencari penyelesaian kepada kenapa Zainora susah hendak menerima Zaief . Hakikatnya, mereka tidak tidak jika Zainora menjadi isteri Zaief .
“Bukan begitu, Tengku. Saya yang tidak yang saya boleh menjadi isteri kepada Tengku Zaief ,” jawab Zainora , masih menunduk daripada tadi.
Permaisuri Rania menggeleng sendiri. Gadis di hadapannya itu sungguh degil. “Zainora , cuba angkat wajah awak. Pandang saya,” arah Permaisuri Rania akhirnya.
Zainora mula kecut perut mendengar suara Permaisuri Rania yang sudah mula timbul nada arahan itu. Lambat-lambat dia mengangkat wajahnya, memandang dua insan di hadapannya. Namun, apa yang dilihatnya adalah wajah-wajah yang penuh dengan senyuman manis.
“Zainora , jawab pendek sahaja kepada soalan saya ini. Zainora sukakan Zaief atau tidak?”
Zainora terkelu seketika. Hendak kata dia tidak suka, tidak juga. Hendak kata dia suka, dia sendiri keliru. Hakikatnya, dia sudah fikirkan perkara ini selama beberapa hari sudah.
“Sudi tak Zainora jadi menantu saya?” lamar Permaisuri Rania sendiri, bagi pihak anakanda lelakinya.
Zainora jadi tergamam. Permaisuri Rania melamarnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience