“Sofia!” Sergah Barbara yang melihat Sofia termenung jauh.
“Apa benda kau ni main sergah-sergah?!” Marah Sofia dikeranakan terkejut dengan sergahan kawan baiknya itu merangkap rakan sama kerja.
“Kaulah mengelamun jauh sangat, ingat apa?” Tanya Barbara hairan.
“Takde apala, sibuk je kau aku nak mengelamun.” Sofia menyambung pekerjaannya yang tertangguh sebentar tadi.
“Pia, malam ni kita keluar nak?” Ajak Barbara.
“Pergi mana?” Soal Sofia excited.
“Tengok wayang, kan ada cerita baru keluar.”
“Ok jom.”
“Boleh tak I nak join?” Satu suara menyampuk dari arah belakang Sofia dan Barbara.
“Mana boleh Wyn. Kita orang nak date berdua je.” Barbara menjawab dan mengenyitkan mata kepada Gladwyn. Bukan Barbara tidak tahu yang Gladwyn ada hati pada Sofia, dan Sofia tak selesa berada dekat dengan Gladwyn.
“Orang dating dengan pasangan, kau orang berdua dating perempuan dengan perempuan, tak betul korang ni.” Gladwyn masih mencari cara.
“Kau ni! Kita orang normal lagi tau, tapi lagi baik menjaga batas. Keluar dua dua perempuan jauh sikit dari dosa. Kan Pia kan?” Sofia hanya membalas dengn anggukan dan senyuman manis kepada Gladwyn.
‘Manis sungguh senyuman itu!’ Gladwyn berkata dalam hati. Senyuman gadis itu saja mampu membuat hatinya menjerit kegembiraan. Wajahnya yang ayu dan lembut membuat Sofia sangat disenangi ramai. Sofia seorang yang sangat peramah namun dengan Gladwyn gadis ini menjadi seorang yang pendiam.
“Kau menung apa Wyn, balik la tempat kau! Tembus nanti meja aku kau tenung!” Sergah Barbara.
“Ish! Kau ni! Jangan main sergah boleh tak?!” Marah Gladwyn dan berlalu pergi.
“Pia!” Panggil Barbara melihat Sofia yang fokus dengan kerjanya.
“Kenapa?”
“Dah setahun kau kat sini kan, tak nak celebrate ke?”
“Nanti kita kan keluar, kita celebrate lah sekali.”
“Ye tak ye jugak kan.” Barbara mengaru kepalanya yang tidak gatal mendengar jawapan Sofia.
“Fia, to my office now.” Panggilan dari Tuan Khalid Ibrahim, bos Sofia.
“Yes boss.” Sebaik tiba di hadapan meja Tuan Khalid.
“Sit down” pelawaan Tuan Khalid di ikuti Sofia dan terus saja melabuhkan punggungnya di kerusi berdepan Tuan Khalid.
“Macam ni, I want you to go to one event. Gantikan I, can you?”
“What event sir? When? And dekat mana?”
“Dalam event to akan ada ramai orang, all the business man and business woman, engineers, arkitek, dan banyak lagi. This event also ada dari Sabah dan Sarawak, will you gantikan my place? Sebagai wakil pejabat, and I will ask Gladwyn to accompany you as well.” Jelas Tuan Khalid. Meskipun Sofia kurang selesa dengan Gladwyn kerana dari awal kemasukkannya di pejabat itu. Gladwyn sudah pun menunjukkan minatnya terhadap Sofia, tapi Sofia seorang yang profesional. Hal kerja akan tetap hal kerja.
“Sure, no problem. But one last question.”
“What is it?”
“Tema pakaian?” Tanya Sofia.
“My PA will bring you and Gladwyn for fitting, and before you leave. Tell Gladwyn to meet me now.” Jawab Khalid, Sofia yang sudah jelas dengan semuanya berlalu pergi dan memanggil Gladwyn untuk berjumpa dengan Tuan Khalid.
“Wyn, bos panggil.” Beritahu Sofia sebaik sampai di meja Gladwyn.
“Okay, thank you Sofia.” Ucap Gladwyn mengenyitkan mata pada Sofia, yang hanya dibalas dengan senyuman dan anggukan.
‘One fine day, I harap I dapat memiliki you.’ Gumam hati Gladwyn.
Enjoy reading everyone
Share this novel