“Sofia.” Panggil Yosef lembut. Sofia memandang Yosef yang sedang memandu. Yosef membalas pandangan Sofia seketika dan mengelengkan kepalanya sebagai satu isyarat yang apa Sofia fikirkan itu takkan terjadi. Yosef cukup faham dengan hati gadis kesayangannya itu.
“I’m sorry.” Ucap Yosef ikhlas mengenggam erat tangan Sofia.
“Drama tv3 apa yang aku tengok ni?” Perli Barbara yang berada di tempat duduk penumpang belakang.
Sofia tidak memperdulikan Barbara kerana dia inginkan ketenangan itu.
Barbara mencebikkan mulutnya kerana tidak dilayan oleh Sofia. ‘Biar betul dia ni? Duda ni jugak dia pilih. Hai lah Sofia, dalam banyak banyak lelaki yang gila bayang dengan kau, ni yang kau nak? Dahlah duda anak tiga.” Barbara membebel dalam hati.
“Kita dah sampai.” Beritahu Yosef setelah selamat meletakkan kenderaannya.
“Wah seafood!” Ucap Barbara girang.
Yosef memegang tangan Sofia, berjalan bergandingan tangan sehingga sampai ke sebuah meja kosong untuk mereka bertiga.
“Sayang nak makan apa?” Tanya Yosef.
“You know my favourite kan?” Persoalan yang dibalas soalan. Yosef mengangguk dan memberikan satu senyuman. Sempat Yosef menghadiahkan satu kucupan di belakang tangan Sofia sebelum berlalu untuk memesan makanan.
“Pia, betul ke you dengan dia?” Tanya Barbara melihat Yosef sudah jauh dari mereka.
“Sejak bila?” Belum dijawab satu soalan, satu lagi soalan keluar dari mulut Barbara.
“Betul, dah lama dah.” Jawab Sofia ringkas.
“Kau tau kan gosip dia dengan Eliana tu?” Tanya Barbara lagi.
“Tak tau, malas ambik tau.” Suara Sofia sedikit meninggi kerana geram. Nama Eliana cukup membuat dadanya sesak.
Kelihatan Yosef mendekati meja, Sofia menghadiahkan senyuman kepada Yosef. Yosef membalas senyuman Sofia. Tiba-tiba Yosef menyanyikan lagu Jason Derulo - will you marry me? Dan di belakang Yosef ada beberapa orang penari. Barbara pula laju mencapai telefonnya untuk merakam momen itu.
Semua mata tertumpu ke arah Sofia, muka Sofia memerah menahan malu. Terasa dunianya sangat indah.
Selesai saja lagu, Yosef mendekati Sofia dan berdiri di hadapan Sofia. “Will you sayang?” Tanya Yosef lembut menghulurkan sebentuk cincin emas bertatahkan berlian. Airmata Sofia jatuh, airmata kegembiraan.
Sofia mengangguk pelahan. Yosef menyarungkan cincin ketangan Sofia.
“Thank you sayang.” Bisik Yosef menghadiahkan satu kucupan pada jari Sofia yang digenggamnya.
“Terima kasih semua, she say yes!” Ucap Yosef cuba menenangkan suasan yang tadinya meriah disebabkan olehnya.
“Baru ni tau, hari ni jugak dia melamar.” Ujar Barbara sedih.
“Ada je kau tu.” Balas Sofia bersahaja.
“Untung tau jadi saksi.” Ucap Yosef kepada Barbara.
“Kita akan kawin minggu depan, majlis yang sederhana but I akan pastikan itu impian you.” Sofia mengangguk, dia tidak kesah asalkan dia boleh bersama Yosef, lagi pula Sofia sebatang kara tidak ada yang perlu diuruskan daripada pihaknya.
“I dah maklum my family and my kids, dorang setuju but they don’t want to live with us itu syarat yang anak-anak I letak but no worries I dah beli rumah untuk kita. And also diorang tinggal dengan mak ngah diorang as tiap bulan I pay for her salary.” Jelas Yosef. Benar itu syarat anaknya, tapi dia juga tidak ingin berkongsi Sofia dengan anak-anaknya. Dia mahu Sofia hidup selesa, dan gembira.
“My mom nak jumpa you, esok dia akan datang.” Sambung Yosef lagi. Sofia mengangguk dalam masa yang sama timbul rasa nervous di hatinya.
“Tenang, my mom sporting.” Melihat wajah Sofia sedikit memucat dia faham apa yang gadis itu rasakan.
“Tak habis lagi ke drama romantik korang ni?” Tanya Barbara geram. Hatinya cemburu dan meronta melihat betapa Yosef melayan Sofia sangat baik. ‘Aku nak jugak dapat lelaki sweet!’ Rontanya dalam hati.
“Aku nak juga!” Tak dapat menahan, Barbara merengek perlahan.
“Aku punya!” Balas Sofia menjelirkan lidah kepada Barbara.
“Sayang are you ready to be my wife?” Tanya Yosef.
“More than ready.” Balas Sofia ceria.
“Akhirnya I memiliki you.” Ucap Sofia perlahan. Yosef mengusap lembut wajah Sofia. “Yes, I am yours now sayang.” Balas Yosef lembut.
Marry me?
Share this novel