“Sofia, hari ni kita punya appointment ke butik untuk majlis esok.” Gladwyn terus saja memberitahu Sofia.
“I almost lupa, kita jalan sekali ke?” Tanya Sofia.
“If you don’t mind, I boleh tumpangkan you.” Pelawa Gladwyn.
“Boleh, I malas nak drive hari ni.” Balas Sofia.
“Okay, I tunggu you dekat lobi 10 am.” Beritahu Gladwyn meninggalkan Sofia.
Tet. Tet. Tet. Tiga pesanan masuk.
-Morning sweetheart.- Yosef
-Have a nice day princess- Yosef
-Smile the brightest- Yosef
Sofia membaca tanpa membalas. Barbara yang duduk di meja sebelahnya tiba-tiba menoleh ke arah Sofia. Apa yang menarik perhatian Barbara ialah telefon iphone 12 promax yang ada ditangan Sofia.
“Pia! Mana kau beli handphone ni?!” Tanya Barbara menyergah Sofia.
“Kau ni!” Marah Sofia.
“Bila kau beli iphone ni Sofia?” Barbara masih setia dengan soalannya.
“Orang bagi” jawab Sofia bersahaja.
“Siapa?”
“Rahsia.” Sofia menjawab dan menjelirkan lidahnya pada Barbara. Barbara mencebikkan mulutnya.
Melihat jam ditangan, Sofia berlalu pergi. “Ara, aku pergi butik dengan Wyn.” Barbara sedia maklum akan kepergian rakan baiknya, Barbara hanya menganggukkan kepala dan menyambung tugasnya.
“Wyn.” Sapa Sofia sebaik mendapati Gladwyn yang berada di lobi pejabat.
“Ready?” Pertanyaan itu dijawab dengan sebuah senyuman dan anggukan.
“Jom” Sofia dan Gladwyn pun melangkah keluar dari bangunan itu menuju ke kereta vios milik Gladwyn.
“Sofia can I ask you a question?” Gladwyn mengambil kesempatan itu untuk mengenal Sofia.
“Yes, tanya la.”
“You tak suka I?”
“I suka you, I tak pernah cakap I tak suka you. I cuma tak ready nak bagi hati pada sesiapa pun. Hati I dah ada penghuni, penghuni yang tak mampu I miliki. Perasaan tu sakit sangat, I belum bersedia untuk buka hati I.” Jelas Sofia pada Gladwyn.
“At least give me a chances to prove that I won’t hurt you.” Rayu Gladwyn
“Jangan terlalu berharap Wyn. I can be your friend tapi I tak nak you berharap pada I.” Sofia melemparkan pandangannya keluar jendela kereta. Suasana di dalam kereta itu sunyi saja setelah apa yang Sofia jelaskan.
“Dah sampai, jom.” Suara Gladwyn memecahkan kesunyian didalam kereta itu.
‘I akan cuba Sofia, I takkan give up selagi you tak dimiliki.’ Bisik hati Gladwyn, sejujurnya hatinya gembira gadis itu sudah mahu bercakap denganya dan sudah mau berada dekat dengannya.
Sofia melangkah masuk beriringan dengan Gladwyn. Butik itu kelihatan sangat mewah.
“Wyn, office ke bayar ni?” Tanya Sofia pada Gladwyn. Sofia tak mampu untuk membayar pakaian mahal. Komitmen dan belanjanya sebulan mencukupi sahaja untuk dirinya.
“Taklah, this is my mom butik. Bos ada bagi tau untuk you company akan bayar. Tapi I cakap tak perlu, I sendiri yang akan uruskan.” Jelas Gladwyn. Tanpa berlengah Gladwyn memanggil ibunya.
“Mummyy!”
“Wyn! Dah datang pun, masuklah.” Pelawa ibu Gladwyn meskipun sudah berusia wajah nampak berseri seri.
“Kenalkan mummy, Sofia Adhira Kai.” Sofia menghulurkan tangannya menyalami tangan ibu Gladwyn.
“You are so beautiful, patutlah tak lekang nama you dimulut Gladwyn.” Ucap ibu Gladwyn menyambut tangan Sofia.
“Katrin, I need more cut I guess.” Tiba-tiba ada suara dari belakang ibu Gladwyn.
Mata Sofia membuntang melihat pemilik suara itu adalah Yosef.
“Fitting baju kawin ke?” Pertanyaan itu keluar dari mulut Yosef kepada Gladwyn. Semakin besar mata Sofia mendengar soalan itu.
“Bertuah la I kalau fitting baju kawin dengan orang sebelah ni.” Tunjuk Gladwyn pada Sofia. “Ini tidak, fitting untuk majlis esok. Itu pun wakil office jadi bodyguard adik manis ni.” Jelas Gladwyn menyambung ayatnya tadi. Yosef mengangguk , hatinya yang tadi bagai ribut taufan kian reda mendengar penjelasan Gladwyn.
Yosef memandang tepat wajah Sofia, seakan akan Sofia melakukan kesalahan. Tangannya mencapai telefonnya dan menghantar pesanan pada Sofia.
-I tak suka you keluar dengan lelaki lain-Yosef
-Bukan hak you pun- Sofia
-Then kenapa you simpan handphone ni? Kalau bukan sebab I?-Yosef
Sofia terkelu, kenapa dia simpan handphone? Kenapa dia menanti pesanan dan panggilan dari Yosef?
-I pergi atas sebab kerja- Sofia.
Melihat mata Sofia mula berkaca, dia tahu hati gadis itu sangat rapuh.
-I’m sorry, I tak sengaja- Yosef
“Puan, ladies room mana ya?” Tanga Sofia pada ibu Gladwyn.
“Tak payah berpuan panggil mummy je. Ladies dekat hujung sana, lurus je.” Jawab ibu Gladwyn.
“Terima kasih.” Balas Sofia berlalu ke washroom. Airmatanya jatuh sebaik saja menutup pintu washroom.
Entah kenapa hatinya terlalu mudah terusik dengan Yosef. Hatinya sangat rapuh bila itu melibatkan Yosef. Hatinya meronta, dia rindukan lelaki itu. Hatinya inginkan lelaki itu tapi penolakkan itu yang membuatnya menjauhkan diri. Setelah menenangkan dirinya, Sofia berlagak seperti tiada apa yang terjadi, meneruskan urusan yang tertangguh sebentar tadi. Selesai saja Sofia dan Gladwyn pulang ke pejabat semula.
Cinta mungkin?
Share this novel