BAB 12

Short Story Series 1066

Seperti yang dijanjikan Sofia tiba di rumah milik Yosef pagi itu. Sofia merasa sedikit nervous oleh kerana sebelumnya anak-anak Yosef tidak ingin menerima kehadirannya, lain pula apabila Qalisya anak kedua Yosef memintanya untuk meluangkan masa bersama.

Menarik nafas panjang, Sofia turun dari keretanya dan menuju ke pintu depan rumah Yosef. Menekan lonceng pintu rumah tersebut.

Tidak menunggu lama Yosef membuka pintu menyambut kehadirannya, diiringi Qalisya dan Harith anak ketiga Yosef.

“Hai aunty.” Sapa Qalisya mesra melambaikan tangannya. Diikuti oleh Harith.

“Haii.” Balas Sofia mesra.

“Jom masuk dulu.” Ajak Yosef mengukir senyuman.

Qalisya menyalami tangan Sofia, juga diikuti oleh Harith.

“Haii Erin, Erin sihat hari ni?” Tanya Sofia berjalan beriringan dengan Qalisya.

“Sihat, aunty sihat?” Tanya Qalisya.

“Sihat.” Bagai mati kata Sofia tidak tahu apa yang hendak dikatakannya kepada Qalisya.

“Aunty, Harith lapar.” Harith yang juga berjalan disisi Sofia tiba tiba berbunyi. Sofia memandang wajah Yosef tidak puas hati.

“Budak budak ni belum makan?” Tanya Sofia kepada Yosef.

“Errrr, belum. Kita orang tunggu you.” Jawab Yosef.

“Tapi you kan pandai masak, kenapa tunggu I? Kesian la budak budak ni kelaparan.” Bebel Sofia.

Yosef mendekati Sofia dan berbisik “I nervous sebenarnya yang you nak jumpa anak-anak I, jadi I yang tak keruan.” Sofia memandang wajah Yosef hairan.

“Kalau macam tu, lets cook.” Ajak Sofia riang. Qalisya yang sudah mula teruja menarik tangan Sofia ke dapur begitu juga dengan Harith.

“Adoi! Lajunya lari, penatlah aunty macam ni.” Keluh Sofia bersahaja, disambut tawa dari Qalisya dan Harith.

“Erin dan Harith nak makan apa? Aunty buatkan.” Tanya Sofia mencuit hidung Qalisya dan Harith. Di satu sudut Yosef memerhati setiap tingkah laku kekasih hatinya itu dan juga anaknya itu. Hatinya dibalut rasa hangat dengan kelakuan mereka.

“Mee goreng daging.” Ucap Qalisya dan Harith serentak.

“Ok lets see what we have in the fridge.” Sofia melangkah mendekati peti sejuk dan membuka peti sejuk. Mengambil segala bahan yang diperlukannya. “Ok, nampaknya semua bahan lengkap. So lets make…” sengaja Sofia menghentikan ayatnya dan dengan serentak Qalisya, Harith dan Sofia menyebut “Mee Goreng!” Tawa mereka bergema di ruang dapur itu.

“Tak payah happy sangatlah, nanti dia kawin dengan daddy tau lah korang nasib korang dapat mak tiri jhat.” Tiba tiba satu suara mematikan suasana ceria di dapur itu. Suara milik Iqmal anak pertama Yosef.

“Daddy tak pernah ajar Iqmal kurang hajar macam tu.” Tegur Yosef lembut tapi tegas.

“Its okay.” Sofia cuba menenangkan. “Iqmal dah makan? Tak lapar ke?” Tanya Sofia lembut.

“Tak payah sibuk dan berpura pura baik!” Tengking Iqmal melihat Sofia yang masih melayannya dengan baik.

“Macam mana Iqmal tau aunty berpura pura baik? Iqmal kenal aunty? Pernah jumpa aunty ke sebelum ni?” Tanya Sofia bersahaja.

“Entah abang ni, main tuduh je.” Qalisya menyampuk tak puas hati dengan sifat abangnya itu.

“Aku tau la, kau kawin dengan bapak aku sebab duitkan? Kau muda lagi la, kau boleh je cari orang lain. Kenapa kau nak dengan bapak aku yang dah tua ni?!” Iqmal masih lagi meneruskan kedinginannya.

Yosef cuba bersuara namun dihalang oleh Sofia. “Kalau macam tu untuk apa aunty datang sini? Bukan syarat yang kamu adik beradik letak adalah untuk tidak tinggal dengan aunty ke? Kalau macam tu tak perlulah aunty datang sini, datang sini untuk apa kan bukan duduk serumah pun. Harith lapar kan? Qalisya pun kan? Aunty ni jahat, apa kata kita makan roti kering tu je. Buat penat aunty je nak masak.” Sofia masih tenang, namun kata katanya itu bagai pisau tajam menusuk ke hati Iqmal.

“Kalau abang tak suka, abang tak payah turun. Kita orang happy je abang tak de!” Marah Qalisya melihat Sofia sudah mula terasa hati namun Sofia masih meneruskan kerjanya untuk menyiapkan mee goreng yang diminta Qalisya dan Harith.

Yosef tahu yang Sofia tidak mengambil hati, apa yang Sofia lakukan hanyalah untuk Iqmal sedar akan keterlanjuran katanya yang menuduh tanpa usul periksa.

Iqmal terkilan, dan membisu seketika. ‘Dia pun manusia, kenapa aku layan dia macam dia tak de hati? Ahhh! Dia tak layak ganti tempat ibu!’ Marah Iqmal dalam hati.

“Kau tak layak ganti ibu!” Jerit Iqmal kasar. Yosef yang mula hilang sabar melangkah laju ke arah Iqmal dan ditahan oleh Sofia.

“Saya tak nak pun ganti tempat ibu awak, dan saya bukan dia dan tak nak pun jadi dia! Saya Sofia, dan akan tetap begitu!” Sofia menjawab tegas dan meninggalkan Iqmal terpinga pinga meneruskan lagi kerja nya untuk menyiapkan makanan.

Iqmal berlari naik ke biliknya melihat wajah ayahnya yang sudah menatap tajam wajahnya.

“Biarkan?” Tanya Yosef menatap wajah Sofia.

“Its not his fault, let him be.” Balas Sofia tanpa riak.

“Aunty, we were sorry about that. We should not ask you to come just to face that.” Qalisya mendekati Sofia dan cuba menenangkan Sofia.

Sofia memusingkan badannya berhadapan dengan Qalisya, Sofia menyelitkan rambut Qalisya ke telinga dengan jari. “Listen Erin, you know what? I was scared to be here, because you might not like me. But I was wrong, Erin dan Harith terima aunty dengan baik. Aunty happy, soal abang mungkin dia masih belum terima. Tapi biarlah semuanya berjalan seiring dengan waktu. Suatu hari nanti dia mesti akan terima aunty.”

“Mummyyy.” Tiba tiba Harith muncul mendekati Sofia dan Qalisya.

“Can we call you mummy?” Tanya Qalisya mendengar Harith. Sofia terpana seketika.

“Sure! I will love that!” Jawab Sofia riang.

Acceptance and rejection

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience