“Hai Pia.” Tegur Gladwyn sebaik tiba di meja Sofia.
“Hai Wyn.” Balas Sofia bersahaja.
“Maaf semalam I leka dengan kawan I sampai I tak ingat you ada sama.” Gladwyn cuba menjelaskan keadaan semalam yang dimana Gladwyn meninggalkan Sofia sendirian sepanjang majlis.
“Wyn, Sofia.” Tegur Tuan Khalid dari belakang.
“Yes sir.” Serentak Sofia dan Gladwyn menyahut.
“How was the event last night?” Tanya Tuan Khalid.
“It was fine sir, ada orang tu sampai lupa I ada sekali dengan dia.” Perli Sofia sengaja.
“You tinggalkan Sofia sendiri? You tak temankan dia?” Tanya Tuan Khalid.
“I terjumpa kawan-kawan I, beborak sampai I lupa dan kehilangan jejak Sofia.” Jelas Gladwyn
“I ingat you suka dia, ada peluang tapi lepas macam tu saja. Ruginya, you are not so gentle man. Bagus I yang pergi teman Sofia macam tu.” Sofia mengekek ketawa mendengar Tuan Khalid mengenakan Gladwyn, bukan dia tak tahu satu office tau yang Gladwyn menyukai nya.
Gladwyn menggaru kepalanya yang tak gatal.
“Sofia macam macam mana semalam?” Khalid mengalihkan pandangannya kepada Sofia.
“Okay, best. I banyak berjumpa dengan banyak business man yang berjaya. Banyak ilmu dan tunjuk ajar yang mereka cuba kongsikan. Ada satu ayat tu menarik perhatian I “there is no success without a risk”, which they explain bisness is all about risk. Lagi pula lepas kena tinggal I pun cari geng baru.” Jelas Sofia tenang.
“Tak sia-sia I suruh you pergi sana. Mesti banyak yang datang mengorat you semalam kan?” Tanya Tuan Khalid mengerling kearah Gladwyn yang matanya sudah membutang melihatnya.
“Banyak!” Balas Sofia mengekek melihat Gladwyn.
“Melepas la I macam ni?” Sofia mengangguk menjawab soalan Gladwyn.
“Alaaaaa..” keluh Gladwyn disambut ketawa Sofia dan Tuan Khalid.
“I masuk dulu.” Ucap Tuan Khalid masih dengan sisa ketawanya dan berlalu pergi.
Sofia tidak mengendahkan Gladwyn dan menyambung kerjanya. Sejujurnya dia kecewa dengan apa yang telah dilakukan Gladwyn, meninggalkannya bersendirian di majlis yang dia sendiri tidak tahu siapa saja isinya. Untung saja Yosef juga berada di dalam majlis itu.
-Kita lunch sama hari ni nak tak?- Yosef
Pesanan yang diterima Sofia membuat bibirnya mengukirkan satu senyuman.
-Sure, dekat mana?- Sofia
-Kita makan seafood nak? Your favourite kan?- Yosef
-Okay, see you soon.- balas Sofia melihat jam di tangannya sudah pun menunjukkan jam 1230 tengahari.
Flashback
“This watch is for you.” Yosef memasangkan seutas jam tangan jenama seven diamond ke tangan Sofia.
“Cantik” sepatah keluar dari mulut Sofia.
“I beli jam ni dah lama, salah satu jam yang I suka tapi I nak you memiliki jam ni.” Jelas Yosef.
“Jaga baik-baik tau.” Pesan Yosef.
-end flashback-
Jam itulah yang masih digunakan Sofia sehingga waktu itu. Dia menjaga jam itu sepenuh hatinya.
“Pia, lunch dekat mana hari ni?” Suara Barbara menghentikan tangannua yang masih sibuk dengan kerja.
“Aku ada janji dengan orang.” Jawab Sofia.
“Dengan siapa? Tak ajak aku pun?” Tanya Barbara.
Sofia tidak terus menjawab, tangan nya mencapai telefon yang diberikan Yosef.
-Boleh kalau kawan I ikut?- Sofia
-Boleh je sayang, tapi dengan syarat dinner malam ni kita berdua boleh?- Yosef
-Dinner? Tak cakap pun nak ajak dinner.-
-Dah lunch bertiga, kena plan dinner la nak dating dengan you.- Yosef
-Baiklah ??- Sofia
-Kejap lagi I pick you up okay.- Yosef
“Jomlah ikut lunch dengan aku.” Ajak Sofia kepada Barbara.
“Yeay! Jom!” Barbara yang terlebih excited.
“Kejap lagi kita turun, dia baru nak jalan.” Beritahu Sofia.
Belum sampai 5 minit pun Sofia mengajak Barbara turun, Yosef pun sudah berada didepan bangunan pejabatnya.
“Hai sayang.” Sapa Yosef sebaik Sofia dan Barbara masuk ke dalam kereta miliknya.
“Sayang?” Tanya Barbara kebingungan.
“This is my friend, Barbara. And Barbara this is Yosef.” Sofia memperkenalkan Barbara dan Yosef.
“Babe, this is the hottest duda alive. Inilah yang orang sibuk gosipkan tu, yang dengan Eliana tu.” Lancang saja mulut Barbara menyebut gosip yang tersebar itu.
“Oh nama you Yosef la ye, selama ni I tau hottest duda je.” Sambung Barbara lagi, jelingan tajam hinggap ke wajah Yosef, Yosef cukup faham dengan jelingan itu.
“Itu gosip sahaja lah, I kan dengan Sofia. Girlfriend I sorang je, Sofia Adhira.” Balas Yosef tenang. Yosef menarik tangan Sofia dan menghadiahkan satu kucupan pada belakang tangan Sofia.
Telefon Yosef berdering, laju mata Sofia nama pada skrin telefon itu. ‘Eliana?!’ Getus hati Sofia.
“Angkatlah sayang, bagitau I tengah drive.” Sofia mengambil telefon Yosef dan mengangkat panggilan itu diletakkan dalam mod pembesar suara.
“Yosef you kat mana? I nak ajak you lunch.” Suara manja Eliana bergema seluruh isi perut kereta.
“Maaf Yosef tengah driving.” Balas Sofia lemah. Adakah Yosef akan menerima pelawaan itu.
“Sorry Eliana I nak keluar dengan buah hati I.” Melihat wajah Sofia yang mula mendung laju Yosef memberi jawapan kepada Eliana.
“Buah hati? You saja je kan mengelak dari I, apa kurangnya I? I cuma nak you je.” Sofia meletakkan telefon Yosef di dashboard kereta, tangannya bagai tidak mampu lagi untuk menampung berat telefon itu.
“Listen Eliana, dah berapa kali I cakap. Hati I bukan mainan, dan you tak boleh paksa I cintakan you!” Marah Yosef lalu mematikan talian.
Sofia membuang pandangannya keluar, apa yang dikatakan Yosef cukup jelas di telinganya namun hatinya sakit dan dia takut. Takut kehilangan Yosef lagi.
Love lovee loveee loveeee
Share this novel