BAB 7

Short Story Series 1066

Sofia dan Gladwyn beriringan masuk ke dalam dewan majlis. Sofia terlihat anggun mengunakan dress putih berbunga, rambutnya yang panjang dibiarkan lepas dan wajahnya hanya diserikan dengan sedikit bedak dan lipstick.

Kedatangan Sofia dan Gladwyn menjadi tumpuan kerana keanggunan Sofia mengambil perhatian banyak orang.

-You look so beatiful sayang- Yosef
-But I hate to see that you are with him-Yosef

Melihat ketibaan Sofia laju tangan Yosef menghantar pesanan kepada Sofia.

Flashback

“Eh kenapa tiba-tiba lagu sweet?” Sofia bertanya soalan itu menyedari yang suasana restoran itu tiba-tiba menjadi lagu romantik. Tidak banyak pasangan yang ada disana. Sofia dan Yosef melihat wajah masing-masing.

Short escape yang tidak dirancang itu membawa kepada satu kenangan yang indah. Sejak sampai entah apa yang lucu tidak habis habis mereka ketawa. Dalam kebahagian itu, lagu romantik pula dimainkan.

“Mesti diorang ingat kita newly weds kan?” Soal Yosef.

“Ye lah, dah happy sangat kan sampai tak ingat orang.”

“Nasib tak menari je dekat tengah-tengah restoran ni.”

-end flashback-

Bunyi telefonnya menyedarkannya dari lamunannya. ‘Terlalu banyak kenangan kita bersama and you buat I separuh gila Sofia.’ Gumam hati Yosef.

-Its only for work-Sofia
-Apa kata you teman I-Sofia

Sofia sengaja menghantar pesanan itu untuk mencabar Yosef, dia tahu dia mungkin kecewa dengan satu lagi penolakkan. Namun, andai ada lagi penolakkan itu akan menjadi a big NO untuk Sofia terus berharap pada Yosef.

Tidak menunggu lama Yosef mendekati Sofia, hati Sofia berdegup kencang. Sofia tidak tau apa yang baru saja dilakukannya. Untung saja Gladwyn sudah ditelan dalam kesibukkan orang.

“Mana your partner?” Menyedari Sofia bersendirian sedangkan tadi masuk berdua.

“Entah, we are only here atas sebab kerja.” Jawab Sofia ringkas.

“Hey, Mr Yosef the hottest duda alive.” Tiba tiba ada satu suara menyapa Yosef dan satu tepukan pada bahu Yosef.

“Heyyy heyy heyyy, Adam Mikhael.” Balas Yosef terus saja berjabat tangan.

Dan lagi tiba-tiba ada tangan wanita hinggap di bahu Yosef membuat hati Sofia sakit dan marah.

“Hai Yosef.” Panggil manja wanita itu siap mengusap bahu Yosef. Yosef menoleh ke arah suara itu. “Eliana” balas Yosef memberikan senyuman ke arah wanita bernama Eliana. Tanpa menunggu lama Sofia pergi ke sudut lain dewan, dia menyampah melihat layanan mesra Yosef kepada Eliana.

-Bukan main lagi layan perempuan lain-Sofia

Pesanan dari Sofia membuat dahi Yosef berkerut.

-Sayang jealous?- Yosef

-Tak cukup ke kena share dengan your wife?- Sofia

-Share apa ni sayang? I am the hottest duda alive okay.- Yosef

Dahi Sofia pula bekerut. ‘Duda?’ Timbul sebuah persoalan. ‘Apa yang dia cakapkan ni? Takkan lah?!’ Hati Sofia bingung sendiri.

-Duda? Cerai?- Sofia

-She’s gone, due to covid- Yosef

-I’m sorry, I don’t know- Sofia

-Please sayang, come back to me.- Yosef

-Kalau I tau tak mungkin I menjauh dari you, you tak tau betapa terseksanya I inginkan you-Sofia

-I love you sayang, I love you so bad. Be mine okay?-Yosef

Tiba tiba Yosef sudah berada di belakang Sofia. “Be mine sayang.” Bisik Yosef ke telinga Sofia. Sofia tersenyum manis dan menganggukan kepalanya seraya itu Yosef memasangkan sebuah kalung ke leher Sofia di dalam kesibukkan majlis.

“Now you are mine.” Ucap Yosef berdiri di depan Sofia. Sofia membalas dengan senyuman yang sangat manis. Hati Sofia berbunga-bunga, dia tidak mampu menipu perasaannya yang sememangnya ada nama Yosef. Majlis itu berjalan dengan lancar, Sofia tidak bersama Gladwyn kerana Gladwyn sudah terlalu sibuk dengan rakan-rakannya. Tapi Yosef ada menemani Sofia sepanjang majlis sehingga majlis tamat.

“I hantar you balik ok? I tak nak dia hantar you.” Ucap Yosef.

“Kalau I cakap nak ikut dia macam mana?” Sofia mengusik Yosef.

“Kalau macam tu I hantar Eliana balik lah.” Membutang mata Sofia mendengar nama itu.

“Sampai hati!” Bentak Sofia

“You nak ikut Gladwyn tu tak sampai hati?” Muncung Sofia panjang kerana sedar dia yang memulakan hal itu.

Sofia menghantar pesanan kepada Gladwyn yang dia sudah balik sebaik saja dia bersetuju untuk dihantar oleh Yosef. Sofia mengikuti langkah Yosef menuju ke kereta milik Yosef, sepanjang perjalanan Yosef menggenggam tangan Sofia.

“Jangan hilang lagi sayang, I rasa nak gila kehilangan you. Dalam menutupi perasaan I terpaksa berpura-pura okay depan wife & anak-anak I. Sehingga hujung nyawa dia pun bayang you menghantui I.” Sayu saja suara Yosef, hatinya benar-benar terpukul dengan kehilangan Sofia. Bukan dia tidak mencintai Isterinya tapi hatinya terpaut pada Sofia lebih dalam. Dia akui itu kesalahannya.

“Macam kena mandrem pulak you kan?”

“Kelau kena mandrem orang macam you tak pe lah, I rela.” Laju Yosef menarik tangan Sofia dan membawa ke bibirnya, satu kucupan hinggap di belakang tangan Sofia.

Is she to easy?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience