“Aku terima nikahnya dengan mas kawin tersebut.” Yosef
“Sah?”
‘Sahh sahh sahhh’
Akhirnya sahlah sudah Sofia menjadi isteri sah kepada Yosef. Majlis yang cukup gah itu dihadiri orang ramai.
Majlis nikah sekali majlis resepsi itu berjalan dengan sempurna di sebuah hotel.
“Sayang.” Panggil Yosef lembut. Sofia menoleh dan tersenyum mendengar panggilan itu.
“Thank you sebab mencintai I.” Ucap Yosef, dan ada satu senyuman pada wajahnya.
“Thank you sebab cari I.” Balas Sofia.
“Ehem! Pengantin baru ni bahagia betul ye.” Tegur satu suara. Mikhael Harris sepupu kepada Yosef.
“Mikhael!” Yosef terkejut akan kehadiran Mikhael kerana Mikhael bekerja di luar negara.
“Bila you balik ni?” Tanya Yosef.
“Last week actually, but I busy uruskan perpindahan semula ke Malaysia.” Jelas Mikhael.
Mikhael merapat ke arah Yosef. “Nice girl you have here, muda lagi.” Bisik Mikhael kepada Yosef.
“She is mine Mikhael.” Tegas Yosef.
“Bie.” Panggil Sofia lembut.
“Ye sayang.” Jawab Yosef lembut.
“Can I take you away for a while please?” Tanya Sofia lembut berbisik ke telinga Yosef.
“Sure do sayang.” Yosef membalas dengan senyuman.
“Mikhael, I gotta go. Help yourself.” Ucap Yosef kepada Mikhael mengelipkan matanya sebelah dan berlalu mengikuti Sofia.
Mata Mikhael terpana akan kecantikkan Sofia, matanya mengikuti setiap langkah Sofia.
“Astagfirullah, cantik benar ciptaanMu ya Allah sehingga mata ku terpana. Maafkan hamba Mu yang terleka ini ya Allah.” Bisik hatinya menyedari kekhilafannya yang menatap indah isteri sepupunya sendiri.
Sofia dan Yosef tiba di bilik milik Yosef yang juga dengan rasminya menjadi milik Sofia.
“Kenapa sayang?” Tanya Yosef merangkul pinggang Sofia.
“Kaki I sakit sangat.” rengek Sofia manja. Yosef menuntun Sofia perlahan duduk di sudut katil. Yosef berlutut untuk melihat kaki Sofia. “Let me see.” Ucap Yosef menanggalkan kasut tinggi yang dikenakan oleh Sofia.
“You tak biasa pakai heels?” Tanya Yosef melihat kaki Sofia yang membengkak dan sedikit berdarah disebabkan kasut yang dipakainya. Sofia hanya menggelengkan kepalanya.
“I sapu ubat, lepas ni pakai sneakers je okay sayang?” Tanpa menunggu jawapan Yosef berdiri dan mengambil first aid kit nya dan kembali berlutut di depan Sofia untuk membersikan luka di kaki Sofia dan menyapu ubat untuk melegakan rasa sakit Sofia.
Tokk….tok….tokkkk…. Bunyi ketukan pintu dari luar.
“Ye pun baru kawin sabarlah dulu majlis belum habis ni haaa!” Jerit Datin Arila dari luar. Tidak menunggu lama wajah Sofia dan Yosef muncul dihadapan pintu.
“Kenapa?” Tanya Datin Arila.
“Kaki Sofia melecet, so tukar guna sneakers.” Jawab Yosef.
“Ingat dah berasmaradana dah.” Usik Datin Arila membuat wajah Sofia merah padam.
“Jom, sikit lagi ye. Semua orang dah nak balik.” Datin Arila memaut lengan Sofia dan jalan beriringan dengan Sofia.
Selesai majlis, Sofia dan Yosef kembali ke bilik mereka. Begitu juga dengan ahli keluarga yang menginap di hotel tersebut.
Sahhh
Share this novel