BAB 4

Short Story Series 1066

Flashback

-Lusa I balik okay- Yosef

-Kenapa? Rindu I ke?- Sofia

-Perasan, I cuma bagitau bila I balik je pun.- Yosef

-Fine! Jangan cari I tau nanti- Sofia

-Pukul berapa you lunch hari ni?- Yosef

-Turn I hari ni pukul 12- Sofia

-Okay, take care tau. Jangan lupa makan, I nak keluar kejap lagi.- Yosef

Pada masa itu Yosef bercuti ke Vietnam, Sofia pula hanya bekerja di sebuah kedai makan. Dimana jam makannya begilir dengan staff lain.

Tiba jam rehat Sofia menerima panggilan dari Yosef. Bibirnya mengukir senyum melihat nama Yosef pada skrin telefonnya.

“Ye saya” Sofia berbunyi bagai satu perlian.

“I kat luar, jom lunch.” Ajak Yosef

“Hah! Bukan you cakap lusa ke you balik?” Sofia yang sememangnya berada di luar bangunan tempatnya bekerja itu mencari cari kelibat Yosef.

Sebuah kereta sampai di hadapannya.

“Masuk, I kat dalam ni.” Arah Yosef memandang Sofia yang kebingungan melihat kereta yang full tinted di depannya keran tidak mengetahui empunya kereta.

“Kereta siapa ni? Kereta you mana?” Tanya Sofia.

“Kereta you.” Jawab Yosef bersahaja.

Sofia terkedu seketika mendengar apa yang baru saja diberitahu Yosef.

Tanpa berlengah Yosef memandu ke apartment miliknya. Apartment yang di beli khas untuknya bersama Sofia. Apa pun sanggup demi Sofia. Sofia dan Yosef masuk ke apartment itu seperti biasa.

Yosef mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang dibawanya. Beberapa jenis makanan sihat di keluarkan dari beg itu.

“Healthy food?” Yosef mengangguk.

“You gemuk la, diet okay?” Ucap Yosef

“Baiklah.” Sofia menjawab malas. Menikmati hidangan sihat yang diberikan Yosef itu.

Selesai makan Yosef menarik Sofia ke biliknya. Menolak Sofia ke katilnya membuat Sofia tebaring. Yosef mendekatkan wajahnya pada Sofia, Yosef mencium bibir Sofia. Yosef mengira Sofia akan menolak namun balasan dari Sofia membuat Yosef makin galak mencium bibir itu. Sentuhan demi sentuhan Yosef lakukan kepada Sofia. Sofia tidak dapat menahan dirinya. Sofia memanjat ke atas tubuh Yosef dan kedua-dua mereka terbuai dalam maksiat itu.

“You tak menyesal ke buat semua ni dengan I?” Tanya Yosef.

“You know I’m not longer virgin right?” Soalan berbalas soalan.

“I know but I tak nak sampai ke tahap ni, you pun tau kan status I. I tak nak kita jauh terbuai nanti.” Jelas Yosef.

“Friend with no hurt feeling. I ingat tu.” Ucap Sofia tenang disisi Yosef.

Yosef memandang wajah gadis itu, dimana silapnya hingga dirinya menjadi mangsa kekejaman manusia. Sofia pernah menceritakan bagaimana hidupnya hancur dan binasa kerana orang tuanya. Bahkan dia menjadi perempuan liar kerana hal itu.

“Shhhhhh” Yosef melekatkan jarinya pada bibir Sofia.

“Jangan cakap pasal tu lagi okay? You kan ada I.” Sofia datang dari keluarga yang kurang bernasib baik, ayahnya seorang kaki judi sehingga dia di jual untuk melunaskan hutang ayahnya. Ketika itulah kehormatannya diragut dan ibunya pula telah lari bersama lelaki lain. Selepas kejadian itu ayahnya juga hilang tanpa jejak sehingga berita kematian ayahnya dikhabarkan kepada dia. Dia ditinggalkan bersendirian di rumah peninggalan neneknya, dan dia terpaksa bekerja mencari duit untuk menamatkan sekolahnya dan untuk mecukupi keperluannya sehari-harian.

Sofia juga tidak tahu mengenai agama dia hidup tanpa didikan agama. Bahkan ayahnya sendiri sering membawa perempuan liar kerumah untuk dikerjakannya.

Yosef memeluk erat tubuh Sofia, dia tahu gadis ini kekurangan kasih sayang. Beza umurnya dengan Sofia ialah 14 tahun. Yosef berumur 40 tahun dan Sofia 26 tahun.

‘Aku yang membataskan kenapa aku yang jatuh cinta!’ Jerit hati Yosef.

“Masa rehat I dah nak habis, hantar I boleh?” Pinta Sofia manja. Yosef menganggukkan kepalanya dengan satu senyuman manis. Sofia hinggap lagi di bibir Yosef.

“Nakal ye.” Yosef mengenyitkan matanya pada Sofia.

-end flashback-

Trigerrrrr…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience