CHINTA 5

Romance Series 6820

Mata Jessi buntang merenung Raja Akid yang berada di hadapannya. Peristiwa beberapa minggu lalu menyentak mindanya. Peristiwa yang tidak mungkin dilupakannya seumur hidup. Dan yang pasti sekarang ini, Jessi sudah tahu siapa sebenarnya Puan Shima.

“Kau macam lapar saja? "

Tanya Jessi pada Raja Akid yang sedang menyuap makanan. Cuma sayur masala dengan ikan kembung goreng. Tetapi lelaki itu tampak begitu berselera sekali.

“Memang aku lapar. Dari pagi tadi aku tak makan. " Raja Akid berterus terang.

Memang sejak pembantu rumahnya diberhentikan oleh si emak, dia sudah tidak pernah bersarapan pagi lagi di rumah. Ada tak ada, roti bersama dengan mentega. Namun kalau selalu sangat makan roti dengan mentega, bukan sahaja seleranya patah, tetapi boleh memvuat dia jadi bebal.

“Hari tu aku tengok rumah mak kau ada tamu.”

Jessi cuba menyampaikan sesuatu. Memang berat hatinya mahu memberitahu si sahabat apa yang dilihatnya.

Cuma yang menggusarkan dia, mahukah Raja Akid percaya dengan kata-katanya atau Raja Akid akan menerimanya dengan hati terbuka?

Ahh... sudah pasti Raja Akid tidak akan percaya. Masakan seorang anak akan percaya perkara yang buruk-buruk tentang si emak?

“Rumah aku tu selalu sangat orang datang. ” Tenang sahaja jawapan Raja Akid.

Tidak lama lagi anak muda itu akan ke luar negara. Jessi merasa sedikit sedih kerana bakal kehilangan seorang kawan nanti.

“Mr David ada di rumah? " tanya Raja Akid.

Berkawan dengan Jessi sejak kecil, mengheret dia sering datang ke situ. Apatah lagi dia tidak mempunyai kawan. Ada pun, seorang kakak. Itu pun sedang berada di luar negara sejak beberapa tahun yang lalu.

“Mana dia ada. Dari pagi sampai malam, baru balik. Kalau kau tak nampak batang hidung bapak aku, jadi batang hidung Mr David pun kau tak akan nampak. ”

Gurau Jessi menyebabkan Raja Akid ketawa. Sebagai pemandu kepada Mr David, lelaki mat salih yang tinggal di sebelah rumahnya, ayah Jessi memang jarang ada di rumah. Kerjanya membawa Mr David ke sana ke mari. Jadi, jika tidak ada Mr David di rumah, begitu jugalah ayah Jessi.

“Auntie... makan auntie.. ”

Sebaik sahaja melihat kelibat emak Jessi, Auntie Kamala, Raja Akid mempelawa. Setiap kali dia datang. Dia mesti makan masakan Auntie Kamala.

“Makan Akid, makan... Rumah kamu nampaknya ada tamu lagi... ”

Raja Akid mengerutkan dahinya. Ketika datang sebentar tadi, tiada sesiapa pun di rumah. Emaknya pun dia tidak tahu ke mana perginya. Sejak tidak ada pembantu rumah kerana dihalau oleh si emak, Raja Akid selalu memasak sendiri dan pandai-pandai sendirilah kalau mahu makan.

“Tamu? Siapa? Tak ada siapa di rumah tu. Emak pun tak ada. Saya kena balik ni... ”

Siapa pula datang waktu begini? Apakah mereka mencari ayah? Bukankah semua orang tahu waktu begini ayah masih lagi sibuk di kilang?

“Mungkin emak kamu balik bawak kawan agaknya.. ”

Balas Auntie Kamala. Di hati tidak sedap kerana dia terdengar suara lelaki ketawa-ketawa. Walau rumah banglo itu dipisahkan dengan tembok, tetapi kadangkala dapa didengarnya dengan jelas gelak ketawa dari rumah sebelah.

“Iya ke? Hmmm... tak apalah. Saya makan dululah, tapi sekejap lagi saya balik. ”

Balas Raja Akid sambil enak menikmati makanan di hadapannya. Jessi merenung Raja Akid dengan perasaan simpati.

Apa kata Raja Akid kalau dia memberitahu perkara sebenar kepada lelaki itu tentang ibunya?

Apakah perlu dia memberitahu apa yang dilihatnya beberapa hari lalu?

“Nanti kau ke luar negara, aku tak ada kawan lagi... ”

Melihat Raja Akid yang begitu lahap sekali menjamah makanannya, tidak sampai hati Jessi mahu memberitahu. Nanti patah pula selera anak muda yang bersih hatinya itu.

“Ramai kawan kau. Aku tak ada pun tak jadi kudis pada kau. Aku nikan, macam air setitik di lautan. Tak memberi kesan pun. "

Panjang bibir Raja Akid menyebabkan Jessi ketawa kecil. Walau berlainan bangsa, apatah lagi berlainan jenis, dia cukup menyenangi lelaki yang rendah hati dan selamba itu.

“Kenapa kau nak pergi luar negara? Dekat sini tak ada universiti ke? ”

Seperti tidak puas hati bunyinya Jessi. Bertahun-tahun mereka berjiran, Raja Akid selalu datang ke rumah walaupun itu hanya rumah majikan kepasa ayah dan emaknya.

“Nanti lepas SPM, kau pum pergilah. Suruh Mr David tanggung kau. ”

“Yalah... banyak cantik kau! Kau ingat Mr David tu datuk aku? "

“Taklah. Mr david tu bakal jadi laki kau. "

Kah... kah... kah... Raja Akid ketawa berdekah-dekah. Tangannya pantas ditampar oleh Jessi yang kelihatan marah.

“Kau tak mahu laki kaya macam tu? Ada rumah besar, ada kereta besar. Kau tak mahu? ”

Sekali lagi Raja Akid mengusik sambil merenung wajah Jessi yang merah padam. Mungkin tidak suka diusik dengan majikan ayah dan emaknya.

Memang tidak diterima akal. Sedangkan lelaki yang berusia 30-an itu sudah menjadi majikan ayah dan emaknya selama sepuluh tahun.

“Gilalah kau! Kau carikanlah aku yang handsome macam Amitabh Bachaan ke... "

Raja Akid sudah membasuh tangan dan mulutnya. Lantas pinggannya dibawa ke singki.

“Biarkan di situ, Akid... ”

Auntie Kamala bersuara dari dalam bilik menggosok apabila mendengar bunyi air paip mengalir di singki.

“Biarkanlah ami. Dia sudah makan free, suruh kita basuh pinggan dia pulak. "

Balas Jessi kerana sebentar tadi diketawakan oleh Raja Akid. Geram dan marahnya masih lagi tidak teroadam apabila melihat Raja Akid yang tersengih-sengih sambil meletakkan pinggan yang sudah dibasuh di rak pinggan mangkuk.

“Auntie, terima kasih sebab beri saya makan.”

“Dah nak balik ke? "

“Baliklah auntie... perut saya dah kenyang. Saya nak tengok siapa datang ke rumah tu.. ”

Balas Raja Akid, dia kemudia berjalan keluar dari rumah Mr David dan berjalan ke rumahnya. Ketika sampai di rumah, dia melihat kereta emaknya berada di situ.

“Emak dah balik.. ” ucap Raja Akid perlahan.

Dia kemudian membuka pintu pagar yang tidam berkunci dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia terdengar suara ketawa-ketawa dari dalam rumah. Suara emaknya!

Apakah emak bawa balik tetamu?

Ah, apa yang hendak dihairankan... bukankah emak sering membawa balik tetamu?

Bahkan ramai daripada tetamu itu tidak dikenalinya.

Hati Raja Akid berkata sendiri. Dia berjalan tenang dan menolak pintu untuk ke biliknya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience