BAB 12

Family Completed 8885

“Siapa cari pasal dengan aku, balasannya MATI!” pantas Karl menolak tubuh Pelangi ke dalam semak. Pelangi cemas. Dia tersalah langkah, lalu terjatuh. Karl terdorong dan terjatuh di atas badan Pelangi. Dia tersenyum sinis.

“Sayang sangat, cantik macam ni tapi mati cepat. Meh aku kerjakan kau dulu!”

Pekk!

Karl mengaduh kesakitan. Dia melihat selipar di sebelahnya. Pantas dia menoleh ke belakang. Noraidah bersedia membaling sebelah lagi seliparnya dengan tangan yang terketar-ketar. Mana mamat dua ekor ni? Kata nak backup!

“Kau memang nak mati cepat kan??” jerkah Karl. Noraidah terkejut.

Buk!

Karl tidak dapat mengawal dirinya. Pelangi pantas menolak tubuh Karl. Dibiarkan sahaja Ayim dan Fadzil membelasah Karl sambil dia sendiri cuba membetulkan pernafasannya. Kuat betul dia cekik! Memang nak bunuh aku!

“Kau OK?” tanya Noraidah. Pelangi hanya mengangguk. Dikerling sekilas pada Karl yang sudah tewas dikerjakan Ayim dan Fadzil.

“Sara mana?”

“Dia pergi panggil polis. Dia memang cari maut. Tak perasan ke balai polis hanya selang tiga bangunan je dari sini?”

“La, ye ke? Kalau aku tau tadi, aku terus repot polis. Tak la sakit macam ni,” sempat lagi Pelangi loyar buruk dalam kesakitan. Nak tergelak Noraidah mendengarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience