BAB 2

Family Completed 8885

Hampir tersedak sirap bandung yang diminum Sofea. Sehinggakan gadis itu mengurut dada menahan kesakitan. Pelangi sendiri pelik melihat ulah rakannya itu.

“Apa kau cakap, Wendy? Kau nampak sinar ketakutan dalam mata dia?” Pelangi mengangguk.

“Mengarutlah. Aku tak nampak apa-apa pun,” Sofea cuba menafikan. Pelangi menggeleng.

“Tapi aku nampak Fea. Mata dia tu… Kuyu semacam je. Seolah ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan,” kata Pelangi yakin.

“Aku tak faham la kau ni. Kau nampak je apa yang orang lain tak nampak. Hee, risau aku. Kang orang kata aku ni kawan dengan orang gila pulak,” mulut Sofea memang takde insurans. Kalau bertemu buku dengan ruas mahu dicili mulut Sofea itu. Pelangi tersenyum. Mungkin itu anugerah yang ALLAH beri padanya.

“Kau masih nak tolong kakak tu? Tak payah la, Wendy. Aku rasa, orang macam tu tak mahu ditolong. Kalau tak, dia tak ada kat situ. Dia dah pergi tempat perlindungan lain. Tempat-tempat macam tu kan banyak kat KL ni,” luah Sofea. Dia mencebikkan mulutnya.

“Pesimis sangat la kau ni, Fea. Mana kita tau? Entah-entah dia pun tak tau nak mengadu kat siapa,” sanggah Pelangi.

“Up to youlaj, Wendy. Jangan cakap aku tak ingatkan pula. Kau jangan lupa, sebab dia la kau nyaris tak dapat makan tengahari. Nasib baik la hari ni hari lahir Miss Karen. Dapatlah kita makan percuma,” kata Sofea lagi. Pelangi menggeleng-gelengkan kepalanya. Sofea, Sofea….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience