BAB 6

Family Completed 8885

Dia dipaksa meminta sedekah di mana-mana sahaja dia ditempatkan. Anaknya juga tidak terlepas. Lebih sedih, anaknya menemui ajal di jalanraya setelah cuba melarikan diri daripada penguatkuasa yang menjalankan operasi mengejut.

“Sampai macam tu sekali?” tanya Noridah. Pelangi hanya mengangkat bahu. Sedih sebenarnya dengan apa yang didengarinya daripada Masitah. Semasa bercerita tadi pun, Masitah sudah teresak-esak menangis mengenangkan anaknya yang mati katak di jalanan.

“Sebab tu la, pada mulanya dia macam tak nak aku tolong dia. Dia takut aku jadi macam anak dia. Dia sendiri pun, cuba nak lari tapi bila kena tangkap dengan konco-konco Karl, dia dibelasah separuh mati,”

“Memang tak berperikemanusiaan!” gumam Noraidah geram.

“Kubur anak dia pun, dia tak tau kat mana. Semuanya penguatkuasa yang uruskan. Dia nak pergi tuntut, tapi takut Karl tak bagi,”

“Haruslah dia tak bagi. Kalau dia bagi karang, terbongkarlah kegiatan dia selama ni,” balas Noraidah lagi. Dia bangun dari duduknya.

“Aku nak tidur awal. Program motivasi tu bermula awal pagi. Aku tak nak lambat. Pasal Kak Masitah, kita akan fikirkan cara untuk selamatkan dia. Mungkin aku akan bawa perkara ni ke tengah,” kata Noraidah. Dia terus menuju ke biliknya. Pelangi faham sangat dengan aktiviti Noraidah di hujung minggu sebegitu. Kalau tak berada di dewan program motivasi, bukan Noraidah la namanya. Pelangi sendiri pun, apa kurangnya. Cuma tiada rezekinya kali ini apabila kuota telah dipenuhi sebelum dia sempat mendaftar.

Dicapai alat kawalan jauh dan dipasang kembali TV yang tadinya dipadam seketika oleh Noraidah. Namun tumpuan sebenarnya bukan seratus peratus pada siaran di TV itu.

“Macam mana aku nak tolong Kak Masitah ni? Ya ALLAH, berikanlah aku petunjuk-MU.

Kepalanya terliuk lentok menahan kantuk di hadapan TV apabila lagu Apa Yang Kau Tahu dendangan Rabbani berkumandang. Lambat-lambat Pelangi mencapai telefon bimbitnya. Keningnya bercantum saat melihat skrin telefon bimbit itu. ’Private Number’? siapa ni?

“Pelangi tolong akak dik! Karl nak bunuh akak! Tolong dik!

Pelangi terkejut. Suara Masitah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience