“Apa?”
“Lelaki itu adalah Karl?”
Pelangi mengurut-urut dada apabila Masitah menceritakan perkara yang sebenarnya. Lelaki yang disangka ingin merompak Masitah rupa-rupanya adalah Karl, ketua sindiket peminta sedekah yang mempergunakan Masitah sebagai salah seorang mangsanya. Kalaulah Pelangi tahu, dia tidak akan belasah lelaki itu. Dia akan terus telefon polis!
Menurut cerita Masitah, konco-konco Karl sering memerhatikan dari jauh ketika Masitah meminta sedekah di stesen LRT itu dan sering mengesan kelibat Pelangi. Karl yang diberitahu kemudian naik angin kerana menyangka Masitah ingin melaporkan kegiatannya pada pihak berkuasa. Karl cuba membunuh Masitah namun dia berjaya melarikan diri. Karl dapat menangkap Masitah namun diselamatkan pula oleh Pelangi yang sempat dihubungi Masitah.
“Kalau akak tak nak laporkan pada polis, biar kitorang yang buat! Tegas Noraidah berkata-kata. Masitah terkejut. Dia memandang rakan serumah Pelangi yang baru dikenalinya itu. Kemudian dia memandang Pelangi.
“Betul kak. Akak jadi saksi. Biar kitorang uruskan hal yang lain tu,” pujuk Pelangi pula. Bersemangat waja betul dia setelah mendengar cadangan Noraidah itu. Orang begitu memang patut diajar!
“Tapi, kalau dia cari akak macam mana?”
“Alah kak, kalau kita repot polis, dah tentu dia akan jadi buruan polis! Tak menyempat-nyempat punyalah nak cari akak,” begitu bersemangat Pelangi dengan kata-katanya. “Lagipun, kami kan ada. ALLAH ada dengan kita,”
Masitah tunduk. Cuba mencerna rasional kata-kata Pelangi, gadis yang sudah sebulan dikenalinya namun ingin membantunya ini.
“Kak?” panggil Noraidah.
Masitah mendongak. Dipandang wajah Pelangi dan Noraidah silih berganti. Lambat-lambat dia mengangguk.
“Yahooooo!!!!!” Pelangi terus bangun bersorak. Macam kanak-kanak baru dapat gula-gula.
“Esok kita pergi buat repot ye,” kata Noraidah. Masitah hanya mengangguk perlahan.
Share this novel