Bab 1

Romance Completed 11536

"Mama.. kenapa bagitahu aunty Claretta yang Tony tukar sekolah.Mama tahu tak Fredella dah start sekolah situ.Mama kan tahu Tony tak suka dia."Anathony menghampas punggung atas sofa. Wajahnya masam.Tangan disilang tanda tidak puas hati.

Rawnie mendakati anak lelaki.Kepala Anathony diusap. "Mama mintak maaf sayang.Aunty Claretta tanya takkan mama nak bohong."

"Tony."Panggil Fredella, dia berlari anak mendapatkan Anathony.

"Kau nak apa?"Suaranya dikeraskan.Rimas sungguh dia dengan Fredella.

"Awak ni jumpa saya tak pernah nak cakap elok-elok." Fredella buat muka sedih.Anathony menarik nafas.

"Ya Fredella. Awak nak apa?" Anathony cuba memaniskan wajah.Fredella tersenyum panjang.

"Kejap lagi kita rehat sama-sama.Saya ada masakkan special untuk awak."Mahu tidak mahu dia terpaksa melayan.

"Ye la.Aku masuk kelas dulu." Anathony berjalan meninggalkan Fredella.

"Jumpa dekat tempat biasa." Fredella melambai tangan ke arah Anathony.Namun lelaki itu hanya mengangkat jari tanda ok.

Anathony dan Fredella duduk dibangku simen.Fredella memberi bekas makanan berwarna pink kepada Anathony.Anathony tersenyum sinis. Perempuan dengan warna pink memang tak boleh berpisah ek.

Anathony membuka bekas makanan. "Kau agak-agak nak suruh aku makan roti bakar, hitam legam macam ni dengan keras." Anathony membelek makanan yang diberikan Fredella.

"Hitam tu bukan hangit tapi flavour.Tak elok makan benda manis-manis." dengan selamba Fredella makan makanan yang dibawa.

"Banyak la kau punya flavour. Dengan rasa nasi goreng entah apa-apa.Kau nak bagi aku mati ke apa? Dah tak payah makan.Bagi kucing pun dia tak makan tahu.Buang semua ni.Kau tunggu sini aku pergi makan dekat kantin." Hati Fredella berbungga-bungga dengan layan Anathony.Baru layan sikit dah cair.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience