Bab 8

Romance Completed 11536

Anathony berjalan dihadapan koridor dia terpandang akan Fredella bersama seorang lelaki barangkali rakan sekelasnya.Nampak begitu mesra, bertepuk tampar tapi kenapa hati terasa pedih . Fredella terpandang Anathony berdiri diluar koridor. Apabila mata mereka bertembung dengan pantas Anathony berlari masuk ke kelasnya.

Sudah dua hari Anathony tidak ke sekolah. Dia terasa kurang sihat. Selama dua hari itu dia hanya terperap didalam bilik. Mamanya sudah kelihatan risau dengan keadaannya.

"Selamat petang aunty." Fredella menghadiahkan senyuman.

"Eh Fredella.Jemput la masuk." Fredella memberi buah tangan yang dibawa kepada mamanya Anathony.

"Terima kasih." matanya melilau mencari Anathony.Mamanya perasaan akan Fredella mencari Anathony.

"Tony ada dekat atas.Naik la." Fredella naik ke atas.

Fredella lihat Anathony berselimut.Kakinya terasa berat untuk melangkah. Namun dia paksa kan juga. Dia duduk dibirai katil. Wajah Anathony direnung. Dahi Anathony disentuh. Sejuk. Anathony tersedar dari tidur. Wajah Fredella terhias di hadapan matanya.

"Saya ingat awak demam.Risau saya tahu tak kenapa tak datang sekol.." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata bibirnya dicium. Anathony memeluk tubuh Fredella.

"Lepas ni aku tak nak tengok kau sembang mesra, bertepuk tampar, keluar dengan lelaki lain kecuali dengan aku sahaja faham." bisik Anathony. Anathony meninggalkan Fredella yang masih terkaku seperti batu.Dia mencapai tuala.

"Tunggu aku kat bawah." Anathony menutup pintu bilik air.

"Tony mama nak keluar pergi melawat kakak kamu.Kamu nak ikut tak? kalau nak ikut ajak Fredella sekali." Fredella berada di bilik bacaan. Anathony menuang air dalam gelas.

"Tak kut ma.Tony ingat nak duduk rumah."

"Ya la.Jangan gaduh pula dengan Fredella. Bibik tak ada dekat rumah tau. So ni duit, awak beli makanan dekat luar ya. Mama takut lambat balik. Nanti kalau keluar jangan lupa kunci pintu.

Anathony mencium kedua-dua belah pipi mama.

"Hati-hati ma."

Nasi putih, stew daging, Gyeran Mari (telur goreng versi korea) dan kimchi. Makan yang terhidang buat Fredella terliur.Perutnya sudah berkeroncong. Fredella menarik kerusi.

"Awak beli mana? Macam sedap je." Matanya tak terlepas memandang setiap makanan.Tangannya terus menyenduk lauk. Anathony menggeleng kepala. Childish.

"Tolong sikit eh.Aku masak sendiri ok." terhenti suapan Fredella.

"Ceh iya la sangat." Fredella seperti tidak percaya.

"Bukan aku dapat apa pun kalau aku tipu kau. Terpulang la kau nak percaya ke tidak."

"Kalau betul awak masak nanti awak masak lain eh untuk saya.Mummy saya pun tak pandai masak macam ni.Dia masak nasi pun hangit."

"Kau tak payah cakap orang. Kau pun sama jaaa." Fredella buat muka tak puas hati. "Tak payah buat muka.Dah makan cepat ."

Fredella sedang menonton cerita dikaca telivision.Anathony mengambil tempat disebelah Fredella.Anathony sibuk bermain game di tabnya.Sekali-kali Fredella mengerling ke arah Anathony.Fredella bersandar pada sofa.Makin lama matanya tidak dapat menahan mengantuk.Akhirnya dia terlena. Anathnoy tersedar Fredella sudah terlelap. Dia menangkat tubuh genit itu kebiliknya. Fredellah di letakkan atas katil miliknya.Ditarik selimut. Rambut Fredella diusap lembut. Anathony keluar dari biliknya. Dia masuk ke bilik bacaan. Terpaksa tidur sini nampaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience