Bab 6

Romance Completed 11536

Dahi gadis itu disentuh.Hmm panas.Tidur Fredella terganggu. Dia membuka mata. Wajah masam terukir.Anathony duduk di kerusi berhampiran Fredella.

"Apahal buat muka macam tu ? Kau fikir cantik ?" Fredella bangun tangan disilang.Seolah-olah seperti marah.

"Saya call awak kenapa tak jawab? Awak tahu tak saya hampir hilang nyawa sebab sesak nafas. Daddy dengan mummy dah tak ada dekat rumah. Saya cuma nampak sorang awak ja boleh tolong tapi awak tak angkat call saya. Mujur bibik cepat balik dari beli barang.Kalau tidak saya dah mati.Tapi kalau saya mati pun mesti awak lagi sukakan." perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.

"Kau merepek apa? Ye la aku salah. Aku mintak maaf. Mana la aku tahu kau sakit." Fredella bersandar pada katil.

"Hmm saya maafkan.Lain orang call tu jawab la.Kenapa baru datang? Tadi uncle dengan aunty datang diorang cakap awak nak petang.Puas saya tunggu awak." Anathony memicit belakang tengkuknya. Dia ingat aku kaunter pertanyaan macam-macam soalan dia bagi.Nasib kau sakit kalau tidak nak ja aku sekeh kepala.Aku dah datang melawat ni pun dah cukup baik.Kalau aku tak datang?Hai sabar ja la hati.

"Ye la salah aku lagi .Aku mintak maaf.Aku busy study lagipun trial exam nak dekat. Aunty Claretta cakap kau tak nak makan.Ni kau dah makan belum?" Fredella menggeleng kepala.

"Apahal yang kau tak makan?" Anathony merenung tepat kearah mata Fredella.

"Makanan dekat sini tak sedap.Tak ada rasa." dia hanya roti yang dibeli daddynya. Makanan yang diberi langsung dia tak sentuh.

"Kau kalau hidup tak mengada-ngada tak boleh ke?Perangai macam budak-budak.Dah tahu sakit buat cara sakit.Sedap tak sedap tu belakang kira janji kau tak sakit.Nasib kau baik, aku bawa makanan." Fredella teruja mendengar perkataan makanan. Beg galas yang dibawa dibukak. Terpaksa dia membawa makanan secara sembunyi-sembunyi.Burger Mcd diberi kepada Fredella.

"Terima kasih.Sayang awak." manja saja suara Fredella.

"Sama-sama.Tak sayang kau juga." Tangan Fredella terhenti membuka balutan burger.

"Awak ni.Cakap la betul ayat tu." Fredella buat muka tak puas hati.

"Jangan cakap banyak boleh tak ?Makan cepat karang nurse nampak mati aku." Fredella menyedut air gas.Terasa nyaman tekaknya.
Burger disuakan pada mulut Anathony.

"Aku beli untuk kau.Aku dah makan tadi."

"Alaa.. gigit sikit je." Fredella buat muka comel.

"Kau ni.Hisy kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni." Anathony mengalah.Dia gigit sedikit burger yang diberi oleh Fredella.

Selepas pada kejadian Fredella masuk hospital Anathony tidak melayan Fredella sekasar dahulu. Panggilan dan mesej dari Fredella selalu dijawab meskin pun sekadar bualan kosong. Dia pun tidak pasti mengapa dia bersikap begitu.

"Awak betul ke jawapan ni."Anathony merapatkan tubuhnya dekat pada Fredella.Sehingga Fredella dapat bau haruman sabun mandi yang dipakai Anathony.Desahan nafasnya betul-betul dekat pada telinga Fredella.Hati berdebar-debar.Fredella cuba mengalih pandangan kearah Anathony.Tanpa segaja bibirnya tercium pipi Anathony. Fredella menutup mulutnya.Dia berlari keluar dari bilik bacaan dan ke tandas. Hatinya tak habis menyumpah dirinya.

Anathony memegang pipinya.Dia terkaku disitu. Hatinya berdegup kencang. Dia kembali mengulang kaji pelajaran.Namun gambaran Fredella mencium pipinya tadi, membuatkan fikirannya terganggu. Ini semua salah kau Fredella.

Selepas pada kejadian itu.Anathony cuba mengelak daripada bertembung dengan Fredella.
Anathony sudah keliru dengan hatinya.Bila matanya terpandang Fredella hatinya berdegup kencang. Adakah dia sudah jatuh cinta terhadap Fredella. Ahh.. ini semua mustahil. Tak mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience