Bab 3

Romance Completed 11536

Anathony berjalan menuju ke pandang.Buku-buku yang diperlu dibawa.Dari jauh Valerie melambai ke arahnya. Gadis itu duduk bersempuh dibawah pohon.Kulitnya putih gebu, tingginya persis model, rupa parasnya juga menawan hati.

"Lama tunggu?"Anathony sudah berjanji dengan Valerie hendak mengulang kaji pelajaran sama-sama.

"Tak la. Baru ja sampai." helaian rambut menutup wajahnya kerana dituip angin, diselit pada telinga.

"Boleh kita mula sekarang?" Valerie mengangguk. sambil tersenyum.Orangnya lemah lembut.Berbicara penuh teratur. Tak pernah kedekut ilmu. Apa saja subjek yang susah difahami tanya saja pada Valerie pasti dia mampu menjawab.

Teman Anathony juga menyuarakan perasaan cemburu terhadap dia dan Valerie.Baginya cinta itu tak perlu dipupuk saat ini. Dia selesa berteman dengan Valerie.

Sudah dua hari Fredella tidak menggangunya. Rasa lega dihati jika ini kalau berterusan lagi bagus tetapi terasa sunyi pula.Ah tak usah peduli janji dia tidak rasa rimas.

Anathony berjalan keluar dari kelas loceng terakhir sudah berbunyi tanda tamat waktu persekolahan. Anathony lihat susuk tubuh seseorang cukup dia kenali.Dikerumuni budak-budak nakal.

"Woi.Korang buat hah?" tegur Anathony.

"Tak buat apa-apa.Dia hutang saya dia tak nak bayar."Salah seorang daripada mereka menjawab.Anathony memandang Fredella.Gadis itu hanya diam

"Berapa dia hutang kau?" Anathony mengeluarkan dompetnya.

"Seratus ringgit." Anathony menyerahkan dua not lima puluh lima kepada budak lelaki itu.

"Settle. Lepas ni kau orang jangan ganggu dia lagi." Lima orang budak lelaki itu pergi. Anathony mengambil beg Fredella berada di atas rumput.Dia menyapu beg Fredella yang terlekat tanah kering.

"Tercegat apa lagi dekat situ.Jom balik.Lap air mata kau tu.Tak payah nak menangis sangat karang cakap aku buat benda tak elok dekat kau." Beg Fredella digalas. Mereka berjalan bersama.

"Order ja apa yang kau nak makan.Jangan risau aku bayar." Mereka memesan makanan.Sepatutnya dia ada kelas tambahan tapi dibatalkan. Anathony selalu membawa baju spare kerana bila waktu sekolah habis dia tidak akan pulang terus ke rumah pasti dia akan menyinggah dimana-mana.

"Kau pinjam duit dia orang kau buat apa?" Fredella menundukkan wajah. "Aku tanyakan kan.Dah bisu?Tak boleh nak jawab."

"Saya dah hilangkan jam tangan Jovita.Jadi dia mintak ganti balik sama macam tu.Sebab dia cakap mak kasi.Saya tak berani nak bagitahu mummy, kalau mummy tahu pasti dia bising" Niatnya hanya ingin mencuba. Tapi dia terlupa nak pulangkan jam Jovita.Keesokkan hari bila dia hendak pulangkan, jam itu sudah tiada.

"Lain kali jangan pernah sentuh barang orang kan dah jadi macam ni kan susah.Mujur dia orang tak apa-apa kau.Fikir la sebelum nak buat sesuatu tu." Fredella menangis.Anathony berhenti makan.

"Lap air kau sekarang. Cakap sikit nangis. Tak faham aku dengan kau. Dah makan cepat. Nanti aku suruh abang Erold hantar kau balik." Fredella mengesat air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience